.

Wednesday, 24 September 2014

Tips Memikat Hati Suami




Assalamualaikum WBT .... Salam sejahtera para pembaca budiman semua....

Ramai yang memandang remeh soal memikat suami. Ada di antara kita menganggap bahawa setelah berumahtangga, suami 100% kepunyaan kita. Jadi, tidak perlu di titik beratkan soal hati sang suami. Namun begitu, ada juga yang pernah melalui badai rumahtangga baru tersedar dan akhirnya mencari jalan sedaya upaya untuk memikat kembali hati suami yang telah beralih arah. Mungkin apa yang Kak Tun sampaikan ini nampaknya seperti rekaan tetapi itulah sebenarnya yang terjadi dalam masyarakat kita.

Biasa kita lihat drama-drama Melayu di kaca televisyen yang memaparkan kisah-kisah sebegini. Pasti ada yang beranggapan itu hanyalah rekaan semata-mata tetapi untuk pengetahuan semua, ia benar-benar berlaku. Banyak cerita yang di tayangkan itu merupakan kisah benar. Cerita seperti itu ada pengajarannya kepada kita. Bagi mereka yang belum pernah melalui masalah dalam rumahtangga, mungkin tidak tahu getirnya saat itu. Hanya Allah sahaja yang mengetahui...

Apakah punca suami beralih arah?

Tentu masing-masing sudah tahu apakah punca berlakunya masalah di dalam rumahtangga kan? Tepuk dada tanya iman. Jika kita merasakan kita tiada kekurangan pasti masalah tidak akan timbul. Antara punca-punca suami beralih arah ialah:-

*Isteri tidak menjaga penampilan diri
*Isteri tidak menjaga keperluan suami
*Isteri tidak pandai membahagikan masa antara kerjaya dengan keluarga
*Isteri tidak tahu menguruskan hal ehwal rumahtangga
*Isteri lebih banyak bersosial dengan teman-teman berbanding keluarga
*Dan banyak lagi 

Dalam entri Kak Tun malam ini, ingin Kak Tun kongsikan dengan anda tips bagaimana untuk memikat hati suami. Tips ini khas untuk isteri yang menemui jalan buntu dalam mencari penyelesaian konflik rumahtangga yang di alami.

Tips Meikat Hati Suami

1) Mencantikkan diri luar dan dalam
~Kebanyakan isteri lebih gemar bersolek jika hendak keluar ke mana-mana berbanding ketika berada di rumah. Ini adalah salah. Anda seharusnya kelihatan cantik untuk suami sahaja seperti yang di tuntut di dalam agama Islam. Kecantikan bukanlah hanya pada luaran tetapi juga dalaman. Oleh itu, jagalah perilaku ketika bersama suami agar suami lebih senang ketika berada di samping kita.

2) Melayan suami bagaikan raja
~Suami adalah ketua keluarga. Seharusnya isteri melayan suami seperti raja. Ringan-ringankanlah tulang membantu suami. Ambil peluang ketika bersamanya untuk merapatkan lagi hubungan anda berdua seperti membantunya memotong kuku, membersihkan telinga, badan dan sebagainya.

3) Meluangkan masa untuk suami
~Sesibuk mana pun seorang isteri, cubalah luangkan masa bersama suami anda. Hanya masa yang berkualiti sahaja sekiranya di manfaatkan dapat memberikan kesan yang positif kepada suami. Barulah suami rasa di hargai isteri. Merasakan bahawa dirinya adalah sebahagian dari hidup si isteri. Jika anda sebagai isteri hanya menumpukan kepada kerjaya semata-mata, tidak mustahil, rumahtangga akan semakin goyah. 

4) Berhias dengan pakaian yang boleh menggoda suami di dalam rumah
~Tidak menjadi satu kesalahan jika anda berpakaian seksi untuk suami malah itu akan membuatkan suami akan lebih tertarik kepada anda. Pakailah minyak wangi dan pakaian kegemaran suami agar dapat menimbulkan lagi bibit-bibit cinta di antara anda dan suami.

5) Jaga bentuk badan
~Ramai isteri masa kini yang tidak mementingkan bentuk badan selepas berkahwin. Jika dahulu bersaiz M, kini bersaiz XXL!! Sebaiknya anda menjaga bentuk badan agar masih bergetah seperti di awal perkahwinan. Ada sesetengah lelaki, mudah beralih arah apabila isteri sudah tidak seperti dulu. Alasan sang suami yang kerap bermain kayu tiga biasanya, isteri saya dah tak cantik lagi dah. Jadi, siapa yang salah?? Fikir-fikirkanlah...

Jika masalah rumahtangga anda berkaitan dengan kesihatan dalaman, Kak Tun nak sarankan kepada anda agar menggunakan produk Shaklee yang di jamin selamat dan berkesan. Antara vitamin yang boleh kita ambil adalah:-

Alfalfa complex


Alfalfa bukan sekadar untuk detoksifikasi, meningkatkan stamina malah ia juga boleh bertindak sebagai kacip fatimah bagi wanita. Jika di amalkan, tidak mustahil kita boleh kembalikan semula Miss V kita seperti anak dara!!

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan alfalfa ini dengan membelinya sendiri, boleh Beli Sendiri Alfalfa dengan klik link tersebut.


Semoga tips yang Kak Tun kongsikan dengan anda ini dapat memberikan sedikit sebanyak panduan agar kita sebagai isteri lebih mengutamakan keluarga berbanding kerjaya. Usah biarkan suami kita beralih arah mencari yang lain kerana kita adalah yang terbaik untuknya!!

Wallahualam...








**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK
 BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF 
012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM) 
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE 
EMAIL:- nursimatun@gmail.com

1 comment: