.

Wednesday 11 March 2015

Amalan Berpantang Selepas Bersalin Untuk Elak Sembelit Teruk Supaya Tidak Serik Untuk Bersalin Lagi


Assalamualaikum... Bismillahirrohmanirrohim...

Berpantang selepas melahirkan anak sememangnya sinonim dengan masyarakat melayu. Namun, dalam kehidupan yang serba moden sekarang ini, ramai ibu muda tidak begitu akur dengan tuntutan berpantang ini..


Amalan Berpantang Selepas Bersalin Untuk Elak Sembelit Teruk Supaya Tidak Serik Untuk Bersalin Lagi

Tentu ramai yang trauma jika sembelit didalam tempoh berpantang. Saya sendiri pernah melalui saat ngeri tersebut. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa seksanya saya di saat itu...Ini gara-gara saya terlalu berpantang secara tradisional.

Suami kat mana? Suami kat mana?


Biasanya kita orang perempuan ni, bila bersalin je asyik balik ke rumah mak kita. Betul tak? Jarang sangat balik rumah mertua kecuali kalau kedua ibu bapa kita telah tiada. 

Pengalaman melahirkan anak sulung dan berpantang secara tradisional dengan kawalan dari ibu dan nenek amat memeritkan saya. Ya, betul, suami saya banyak membantu dari segi penyediaan menu harian saya tetapi berpantang secara tradisional dan amat ketat pantang larangnya meninggalkan mimpi ngeri pada saya. 

Suami memang sentiasa disisi... Al maklumlah anak sulung. Perhatiannya lebih kepada anak. Saya dah jadi nombor dua dah... hehehe...

Minum air akar kayu...

Meminum air dari akar-akar kayu dan memakan ubat-ubatan tradisional amat memeritkan tekak. Air putih tidak boleh di ambil berlebihan. Kononnya takut di bahagian "bawah" berair. Makanan yang di makan hanya yang kering-kering sahaja. Tiada kuah. Kebiasaannya saya akan di jamu dengan nasi putih bersama ikan kering bakar atau pun ikan selar yang di bakar. Itulah menu berpantang saya selama 20 hari. 

Saya yakin, ramai yang melaluinya seperti saya. Sedih kan... Tapi apa nak buat. Menu itulah yang di turunkan dari nenek moyang kepada ibu saya dan saya telah pun melaluinya.

Amalan Berpantang Selepas Bersalin Untuk Elak Sembelit Teruk Supaya Tidak Serik Untuk Bersalin Lagi
sekadar gambar hiasan

Di pendekkan cerita, akibat terlalu berpantang, saya hanya membuang air besar pada hari ke 20 tersebut. Bayangkan betapa peritnya saya ingin membuang air besar. Di sebabkan saya mengambil air terlalu sedikit, saya mengalami sembelit teruk. Ya Allah, seksanya. Sakit tak terkira..

Akhirnya saya terpaksa ke klinik untuk mendapatkan ubat kerana pada masa itu saya masih belum berkenalan dengan produk-produk seperti set berpantang shaklee ini. 

Memang mengerikan sehinggakan saya serik untuk bersalin lagi.... Pedih, sakit dan trauma...

Tapi itu dulu, sekarang serba moden. Shaklee juga menawarkan set berpantang yang sangat mudah untuk di amalkan dan yang pasti ia tidak mengakibatkan sembelit teruk kepada kita selepas bersalin.

Apakah amalan berpantang untuk elak sembelit teruk?

1. Meminum air secukupnya
2. Mengambil vitamin-vitamin untuk membantu mengelakkan sembelit

Jom kita tonton video Puan Khadeejah Hasmad ini untuk mengetahui apakah set berpantang shaklee yang beliau amalkan sehinggakan pengalaman berpantang selepas melahirkan anak begitu menyeronokkan bagi beliau.  
Jika berpantang begitu menyeronokkan, sudah pasti ramai ibu muda tidak akan serik untuk bersalin lagi...




**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- 
 NURSIMATUN MD YUSOF CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM:- 012-3789284 
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE 
EMAIL:- nursimatun@gmail.com 
Shaklee ID :- 1091465 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

0 comments:

Post a Comment