.

Tuesday 21 April 2015

Petua Atasi Tangan Pijar Terkena Cili


Assalamualaikum...salam sejahtera...


Pernah tak anda mengalami tangan pijar akibat cili? Sukar nak gambarkan rasanya tapi yang saya boleh cakap, pijar tangan terkena cili ni memang macam rasa terbakar je... hehehe..


Petua Atasi Tangan Pijar Terkena Cili


Petuanya ialah:-

1. Gunakan air garam. Rendam jari yang terkena cili di dalam air garam selama beberapa minit. 

2. Gunakan beras. Ambil segenggam beras dan ramas-ramaskan. Lakukan beberapa ketika sehingga rasa pijar itu hilang

3. Gunakan garam kasar. Ambil segenggam garam kasar dan rama2-ramaskan.

4. Dekatkan tangan dengan api. Seolah-olah layurkan jari-jemari yang terasa pijar itu. Jangan terlalu dekat. Nanti terbakar pula.

5. Gunakan air suam dan rendamkan tangan didalamnya.

6. Gunakan minyak masak yang dilumur pada jari yang terasa pijar itu.

7. Nak senang, beli je krim Herbal Blend Shaklee dan lumurkan pada jari..

Ini adalah sebahagian dari petua yang di kongsikan dari rakan-rakan saya.. Jika anda mempunyai petua yang boleh di kongsikan bersama, boleh berikannya di ruangan komen ya. 

Selamat mencuba!!








**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF
CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM:- 012-3789284
 FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE
EMAIL:- nursimatun@gmail.com
 Shaklee ID :- 1091465
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

15 comments:

  1. Saya dulu pernah terkena panas chili ni. Dulu masa -masa masih guna batu untuk tumbuk cili. Sangat pedih dan rasa terbakar kalau kena chili ni. Lambat mak hilang, masa tu nenek sarankan rendam tangan dalam beras. Alhamdulillah berjaya. Terima kasih kak Tun sudi kongsi tips untuk Atasi panas chili ni. Sangat bermanfaat sekali.

    ReplyDelete
  2. Saya dulu pernah terkena panas chili ni. Dulu masa -masa masih guna batu untuk tumbuk cili. Sangat pedih dan rasa terbakar kalau kena chili ni. Lambat mak hilang, masa tu nenek sarankan rendam tangan dalam beras. Alhamdulillah berjaya. Terima kasih kak Tun sudi kongsi tips untuk Atasi panas chili ni. Sangat bermanfaat sekali.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Betul2... Kalau dah panik tu selalunya lupa petua.. Cepat2 taip kat google ye...

      Delete
  4. Mek ila memang jenis tangan yang cepat pijar. Tak sanggup pegang cili lelama. Pasni bolehlah cuba tips-tips ini :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sangat Mek Ila ... Kita kan selalu masak. Memang akan kena pijar ni kalau main ngn cili2 ni

      Delete
  5. Info bagus ni. Petua yg saya belajar pula sama ada cuci sikit dengan susu segar ataupun kelapa parut. Secara sainsnya lemak dalam susu tu akan melekat dengan capsaicin yg buat rasa pijar tu. Sama juga kalau nak hilangkan pedas. Tp nak dapat susu dan kelapa partu dengan cepat tu yg sedikit lambat berbanding petua kat atas ni ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, petua baru tu. Nanti boleh juga cuba, Tq ya

      Delete
  6. Aduh kenapala tak terifkir sapu herbal blend. selama ni tumbuk cili je mesti pijau tangan. Tahan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Tun hari tu pun lupa juga. Kali kedua kena tu baru cuba.. Hehehe

      Delete
  7. memang tak best bila tangan pijar nih.

    haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang x selesa sangat. Kalau sekejap takpelah. Ni hampir 2 jam... Seksa kan.. hehehe

      Delete
  8. kalau pegang ais boleh berkesan ke nak hilangkan rasa pijar ?

    ReplyDelete