.

Friday 13 March 2015

Suami Tidak Mampu Melakukan Banyak Perkara Dalam Satu Masa....Betul ke Bohong?






Suami Tidak Mampu Melakukan Banyak Perkara Dalam Satu Masa....Betul ke Bohong?

"Abang, tolong jaga anak-anak sekejap ye. Nanti abang masakkan untuk diorang. Kain kotor ada dalam bakul. Pinggan mangkuk masih bersepah di sinki. Lantai belum mop lagi tu. Pokok bunga nanti abang tolong siramkan sekali ye..."

"Ayang ada kerja kat luar ni.. Dalam 3 atau 4 jam lagi ayang balik. Abang tolong tau!!"

Pernah tak anda berada dalam situasi macam ni? Atau memang selalu berada dalam situasi seperti ini? Tiba-tiba dapat panggilan dari bos atau prospek yang memerlukan anda untuk bertemu mereka dan menyerahkan hal anak-anak serta rumahtangga kepada suami.

Tetapi.... Adakah ia seperti yang anda harapkan? Adakah ia seperti yang anda bayangkan? Anda tak perlu berikan jawapan kerana saya sangat mengerti apa yang para isteri lalui...


Siapa setuju dengan saya suami memang tidak boleh buat banyak kerja dalam satu masa? Tentu ramai kan yang bersetuju? 

Betul ke bohong suami tidak mampu melakukan banyak perkara dalam satu masa? Ini mitos atau realiti yang berlaku?

Dah tentulah realiti. Betul tak? Hehehe... Ramai suami yang seringkali menganggap hal-hal rumahtangga adalah urusan isteri seorang sahaja. Kasihan si isteri.. Tercungap-cungap membuat kerja-kerja rumah sendirian.. Seharusnya suami juga boleh melakukan apa yang isteri lakukan kerana tenaga dan kudrat mereka lebih berbanding isteri.. Tak gitu? 



Seringkali saya dengar dari kawan-kawan ungkapan seperti ini..

"Kita kan supermom..."
"Kita ni dah macam sotong, tangan banyak untuk buat macam-macam kerja..."
"Hanya extraordinary mommy je boleh buat macam kita ni.."
"Ibu-ibu superb je boleh buat macam kita buat ni..."

Tapi adakah suami boleh lakukan seperti isteri mereka lakukan selama hari ini?

Kami para isteri ni boleh memasak, membasuh pakaian, mengemas rumah, menjaga anak-anak dan dalam masa yang sama menjalankan bisnes dari rumah. Para suami boleh ke? 

Oh tidak!! Lelaki seperti ini semakin berkurangan. Semakin sukar di jumpai. Senang cerita, semakin pupus...!!! Ops...!! Jangan marah ye para suami di luar sana.. Ini adalah fakta dan bukannya rekaan saya semata-mata.

Para suami kena akui bahawa mereka sememangnya tidak mampu melakukan banyak perkara dalam satu masa! Nak cari barang peribadi sendiri pun memerlukan isteri, apatah lagi untuk buat semua kerja-kerja rumah....

Jika ada suami yang boleh melakukan semua yang isteri mereka buat, alangkah bahagianya.  

Saya hanya melontarkan pandangan dan berkongsi luahan hati. Tak salah kan? Anda ingin kongsikan juga? Sila luahkan di ruangan komen saya ya...

Adios amigos...!!

Cara merapatkan bahagian intim wanita 
Cara berhenti merokok dengan berkesan 
Cara kempiskan perut


**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 


 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- 

 NURSIMATUN MD YUSOF CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM:- 

012-3789284 

FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE 

EMAIL:- nursimatun@gmail.com 

Shaklee ID :- 1091465 

Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

5 comments:

  1. Istimewanya seorang ibu yng boleh mengatur halrumah tangga dan kerjaya dengan baik.Bila pekerjaan ibu rumah tangga dilakukan oleh suami, belum tentunya hasilnya akan seperti yang dilakukan sang isteri.

    ReplyDelete
  2. saling bekerjasama itu lebih baik. ikutkan dalam Islam Nabi saw melakukan sendiri menjahit baju dan sebagainya, begitu juga kisah Umar al-Khattab r.a. yang menjaga sendiri anak sambil mendengar si isteri berleter. Si isteri juga harusnya tidak perlu berlagak super, sebab apabila tidak ikhlas, mulalah membebel heheh pendek kata, give and take hehe

    ReplyDelete
  3. Hihi, memang betul kak. Yang penting suami isteri saling memahami dan cuba memperbaiki. Mklumlah tiada yang sempurna di dunia ini.

    ReplyDelete
  4. Suami nak tolong tu memang kira sangat bagus. Wajib dipuji. Tapi dorang memang jenis fokus dan hasilnya jangan terkejut lebih terperinci..

    ReplyDelete
  5. Lelaki ni kalau kita minta tlg 1 perkara, 1 jela dia tolong�� pernah sy minta tlg basuh popo anak pastu anak lain jgk popo..jenuh husband basuh sorg2..sian pulak rasa..nasibla sbb time tu saya dalam pantang.


    Jemput baca: Cara Tingkatkan Pengeluaran Susu Badan

    ReplyDelete