.

Friday, 10 October 2014

11 Tanda Pasangan Anda Curang

11 Tanda Pasangan Anda Curang


Bismillahirrohmanirrohim..... Assalamualaikum semua pembaca yang budiman....


Kisah kecurangan dalam rumahtangga tidak kiralah berpunca daripada si suami ataupun si isteri sememangnya boleh di "hidu". Namun, mungkin individu yang mengalaminya berada dalam situasi penafian untuk menerima kenyataan bahawa pasangan mereka telah melakukan sesuatu di belakang mereka. 

Antara tanda-tanda yang boleh di lihat pada pasangan ialah:-

1. Kurang memberi perhatian terhadap diri anda

Pada peringkat permulaan perlakuan curang, anda mungkin dapat rasakan bahawa pasangan anda kurang memberi perhatian terhadap anda. Kemudian mereka mencari kesalahan, menengking, berbual secara sinis dan mula menyalahkan anda untuk hal-hal kecil, hanya untuk mengatasi rasa bersalah.

2. Menghabiskan masa banyak di tempat kerja


~Secara tiba0tiba mereka banyak menghabiskan masa di tempat kerja. Tetapi sebelum membuat apa-apa andaian anda di nasihatkan menyiasat dulu apa sebenarnya yang berlaku.

3. Tidak minat dengan persekitaran rumah


~Anda boleh mengesan sekiranya pasangan anda cuba untuk curang sekiranya mereka tidak minat menghabiskan masa di rumah. Mereka lebih banyak menghabiskan masa di luar tetapi anda di nasihatkan untuk tidak mengongkong mereka.

4. Perubahan terhadap bau pasangan


~Sekiranya terdapat perubahan terhadap bau pasangan, anda perlu lebih berhati-hati. 

5. Perubahan gaya hidup secara mendadak


~Pastikan anda tahu apakah punca utama mereka mengubah gaya penampilan mereka. Sekiranya atas urusan kerja, anda perlu menyokong mereka tetapi sekiranya tujuan asal masih samar-samar, anda perlu berhati-hati.

6. Menjawab panggilan telefon secara sembunyi


~Telefon bimbit kini menjadi peneman setia ke mana sahaja sehinggakan ke bilik mandi juga di bawa bersama.

7. Melayari internet sehingga tengah malam


~Sekiranya sebelum ini pasangan anda tidak menghabiskan masa berjam-jam di hadapan internet dan secara tiba-tiba mereka melayari internet sehingga tengah malam, awasi aktiviti mereka.

8. Perubahan terhadap hubungan intim


~Perubahan terhadap pasangan dapat di kesan ketika melakukan hubungan. Ia tidak hanya melibatkan kecurangan tetapi segala masalah yang di pendam oleh pasangan, perkara yang merungsingkan mereka juga.

9. Tidak memakai cincin yang di berikan


~Cincin melambangkan status empunya diri. Sekiranya pasangan anda sudah tidak memakai cincin yang di berikan, anda perlu mengesyaki sesuatu.

10. Pasangan lebih suka bersendirian


~Secara tiba-tiba pasangan anda mahu lebih masa untuk dirinya bersendirian sedangkan sebelum ini dia tidak pernah meminta untuk berbuat demikian.

11. Cuba mengubah kata laluan komputer, telefon bimbit, malah bilnya juga akan di sembunyikan daripada pengetahuan anda


~Mungkin untuk sembunyikan kecurangannya.



Pada pandapat saya, setiap yang berlaku pasti berpunca daripada kesilapan diri masing-masing. Berusahalah memperbaiki kekurangan. Jangan biarkan ia berlanjutan. 

Kenang semula saat-saat manis anda berdua sewaktu di awal percintaan. Pastinya ia akan membawa kesan kepada anda dan pasangan. 

Yang selebihnya kita berdoa kepada Allah agar hubungan akan kembali pulih seperti sedia kala...

Wallahualam...

Sumber:- Majalah MIDI keluaran Jun 2014

Related Posts:

  • Bye-bye Streamyx.... Welcome P1 Hai semua.... Maaf terlewat bersiaran hari ini... Dek kerana masalah internet yang melanda.. semuanya jadi tertangguh.. Sengsara hidup Kak Tun sekejap... hihihi... Hari ni nak cerita yang happy-happy je. Tak mau sed… Read More
  • Dunia Oh Dunia.... Assalamualaikum semua....  Sehari dua ni kecoh kan pasal isu kempen " I want to touch a dog"... Bermacam-macam hal yang terkeluar dari mulut masing-masing. Ada yang mengikut nafsu, ada yang mengikut akal fikiran da… Read More
  • Aku Dan Abang-abang TM Hai semua... Kepala Kak Tun hari ni sedikit pusing.... pening... Stress dengan wifi di rumah. Dari semalam hinggalah ke hari ini, masih tak baik-baik lagi..  Nak di jadikan cerita, semalam Kak Tun tengah syok "b… Read More
  • Gambar Baby Che Ta Dan Zain Saidin Assalamualaikum semua... hai... Sebenarnya kan, Kak Tun tak pernah tulis pasal artis dalam blog Kak Tun ni. Tapi, bila terpandang pada newsfeed facebook tadi, hati melonjak-lonjak ingin menulis tentang Che Ta ni.. Kak … Read More
  • Aduhai ibu..... Sekadar Peringatan Bersama..... Sekadar gambar hiasan Assalamualaikum semua.... Pagi ini rasa terpanggil nak menulis tentang kisah seorang ibu ni... Ahad lepas saya dan keluarga ke sebuah pasaraya. Maaflah, nama pasaraya terpaksa saya rahsiakan.… Read More

1 comment: