.

Wednesday, 1 October 2014

Oh,Rupa-rupanya Kamu....!







Oh, Rupa-rupanya kamu...!


Assalamualaikum semua pembaca budiman Kak Tun....

Nampak tak apa yang Kak Tun nampak? Dalam gambar tu... Mesti nampak kan? Cuma tak tahu apa bendanya. Petang ni hujan lebat sangat kat Kuala Lumpur ni. Petir dan guruh tak usah di ceritakanlah. Berdentam-dentum. Memang menakutkan. Terbantut Kak Tun nak mengarang entri kali ni... hihihi..

Sebenarnya dah beberapa hari Kak Tun berasa musykil dengan benda di dalam gambar tu. Tak tahu dari mana ia datang. Bila bangun waktu pagi Kak Tun nampak memang banyak melekat-lekat di kabinet dapur Kak Tun. Dalam hati tertanya-tanya, "Apa benda yang berderet-deret ni? Lepas aku lap, pagi esok ada lagi!  Penat lah macam ni!". 

Nak di katakan tahi ulat, macam bukan. Nak dikatakan binatang hidup, takde kakinya. Naik pening Kak Tun di buatnya. Berhari-hari berfikir tentang "benda" tu. Dan akhirnya terjawab persoalan Kak Tun. 

Oh, rupa-rupanya kamu!. Korang tahu tak apa "benda" tu? Rupa-rupanya yis! Ishk...ishk...ishk...

Bagaimana Kak Tun tahu?

Macam ni ceritanya....

Setelah beberapa hari dalam dilema tu, Kak Tun tiba-tiba "rajin" sangat nak mengemas kabinet dapur. Semua Kak Tun lap dan susun. Sampailah ke kabinet yang paling atas. Di sebabkan tak sampai nak lap, Kak Tun pun ambil kerusi untuk memanjat. Masa tu lah baru Kak Tun nampak satu plastik berwarna merah. 

Di tepi-tepi plastik tersebut memang banyak "benda" tu. Kak Tun terfikir, adakah punca sebenar dari plastik merah tu. Akhirnya Kak Tun buka plastik tersebut. Subhanallah, memang tepat tekaan Kak Tun. "Benda" dalam plastik itulah puncanya. 

Yis!

Sebenarnya yis tu lebihan dari yang Kak Tun guna masa nak buat kuih donat dulu! Macam mana boleh lupa ni? Aduhai... Kalau tak kerana terlebih rajin hari tu, pasti sampai sekarang Kak Tun masih lagi tertanya-tanya. 

Dulu-dulu, kalau yis yang di gunakan tu tak habis, Kak Tun akan ketatkan plastiknya tapi kali terakhir Kak Tun buat donat tu, Kak Tun main letak sahaja. Patutlah semua yis merayap keluar. "Dia" kan benda hidup. Hihihi...

Selesailah sudah misi mencari jawapan kepada kemuyskilan. Nasihat Kak Tun, kalau buat sesuatu, kemaslah barang-barang lebihan tu secara betul. Barulah kita tak terfikir-fikir kenapa, mengapa dan bagaimana ia berlaku...

Salam sayang daripada Kak Tun... :)


P/s: Korang kalau nak cuba produk Shaklee, jangan lupa contact Kak Tun tau! Harga terbaik untuk semua. Kalau nak harga paling best, jom join ahli. Memang berbaloi-baloi....

**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF 
012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM) 
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE 
EMAIL:- nursimatun@gmail.com

0 comments:

Post a Comment