.

Friday, 10 October 2014

11 Tanda Pasangan Anda Curang

11 Tanda Pasangan Anda Curang


Bismillahirrohmanirrohim..... Assalamualaikum semua pembaca yang budiman....


Kisah kecurangan dalam rumahtangga tidak kiralah berpunca daripada si suami ataupun si isteri sememangnya boleh di "hidu". Namun, mungkin individu yang mengalaminya berada dalam situasi penafian untuk menerima kenyataan bahawa pasangan mereka telah melakukan sesuatu di belakang mereka. 

Antara tanda-tanda yang boleh di lihat pada pasangan ialah:-

1. Kurang memberi perhatian terhadap diri anda

Pada peringkat permulaan perlakuan curang, anda mungkin dapat rasakan bahawa pasangan anda kurang memberi perhatian terhadap anda. Kemudian mereka mencari kesalahan, menengking, berbual secara sinis dan mula menyalahkan anda untuk hal-hal kecil, hanya untuk mengatasi rasa bersalah.

2. Menghabiskan masa banyak di tempat kerja


~Secara tiba0tiba mereka banyak menghabiskan masa di tempat kerja. Tetapi sebelum membuat apa-apa andaian anda di nasihatkan menyiasat dulu apa sebenarnya yang berlaku.

3. Tidak minat dengan persekitaran rumah


~Anda boleh mengesan sekiranya pasangan anda cuba untuk curang sekiranya mereka tidak minat menghabiskan masa di rumah. Mereka lebih banyak menghabiskan masa di luar tetapi anda di nasihatkan untuk tidak mengongkong mereka.

4. Perubahan terhadap bau pasangan


~Sekiranya terdapat perubahan terhadap bau pasangan, anda perlu lebih berhati-hati. 

5. Perubahan gaya hidup secara mendadak


~Pastikan anda tahu apakah punca utama mereka mengubah gaya penampilan mereka. Sekiranya atas urusan kerja, anda perlu menyokong mereka tetapi sekiranya tujuan asal masih samar-samar, anda perlu berhati-hati.

6. Menjawab panggilan telefon secara sembunyi


~Telefon bimbit kini menjadi peneman setia ke mana sahaja sehinggakan ke bilik mandi juga di bawa bersama.

7. Melayari internet sehingga tengah malam


~Sekiranya sebelum ini pasangan anda tidak menghabiskan masa berjam-jam di hadapan internet dan secara tiba-tiba mereka melayari internet sehingga tengah malam, awasi aktiviti mereka.

8. Perubahan terhadap hubungan intim


~Perubahan terhadap pasangan dapat di kesan ketika melakukan hubungan. Ia tidak hanya melibatkan kecurangan tetapi segala masalah yang di pendam oleh pasangan, perkara yang merungsingkan mereka juga.

9. Tidak memakai cincin yang di berikan


~Cincin melambangkan status empunya diri. Sekiranya pasangan anda sudah tidak memakai cincin yang di berikan, anda perlu mengesyaki sesuatu.

10. Pasangan lebih suka bersendirian


~Secara tiba-tiba pasangan anda mahu lebih masa untuk dirinya bersendirian sedangkan sebelum ini dia tidak pernah meminta untuk berbuat demikian.

11. Cuba mengubah kata laluan komputer, telefon bimbit, malah bilnya juga akan di sembunyikan daripada pengetahuan anda


~Mungkin untuk sembunyikan kecurangannya.



Pada pandapat saya, setiap yang berlaku pasti berpunca daripada kesilapan diri masing-masing. Berusahalah memperbaiki kekurangan. Jangan biarkan ia berlanjutan. 

Kenang semula saat-saat manis anda berdua sewaktu di awal percintaan. Pastinya ia akan membawa kesan kepada anda dan pasangan. 

Yang selebihnya kita berdoa kepada Allah agar hubungan akan kembali pulih seperti sedia kala...

Wallahualam...

Sumber:- Majalah MIDI keluaran Jun 2014

1 comment: