Assalamualaikum semua....
Alhamdulillah... Syukur pada Allah. Dapat kita menyambut Aidiladha kali ini. Mesti masing-masing tengah sibuk di dapur untuk menyediakan juadah untuk keluarga tersayang kan?
Juadah Kak Tun di pagi aidiladha kali ini yang simple sahaja. Kak Tun cuma buat nasi ayam. Menu yang paling mudah dan sedap. Jom Kak Tun kongsikan resepi nasi ayam ini dengan anda semua.
Resepi Nasi Ayam
Bahan untuk nasi(untuk 15-20orang makan):-
6 pot beras ( Kak Tun guna pot tin susu)
1 inci halia(hiris nipis)
3 ulas bawang putih(di mayang)
3 ulas bawang merah(dimayang)
serbuk cukup rasa
air secukupnya
Cara memasak:-
Basuh beras dengan bersih dan toskan. Dalam periuk yang berasingan, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau. Kemudian, tambah air secukupnya. Masukkan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi bersama beras tadi dan masak dengan api sederhana besar sehingga masak.
Bahan untuk perapan ayam:-
2 ekor ayam(potong 16)
2 labu bawang putih (di tumbuk lumat)
Kicap lemak manis
Sos cili
Garam dan kunyit secukupnya
Cara-caranya:-
Gaul semua bahan di atas bersama ayam dan perap semalaman. Kemudian goreng sehingga masak
Bahan untuk sup:-
2 ulas bawang putih (di mayang)
2 ulas bawang merah (dimayang)
1 inci halia (dimayang)
kaki dan leher ayam
sup bunjut adabi
daun sup, daun bawang dan bawang goreng utk hiasan
air secukupnya
Cara-caranya:-
Tumis semua bahan di atas kecuali bahan hiasan. Apabila naik bau, masukkan air dan kaki ayam tadi. Renehkan dengan api perlahan supaya kaki ayam tadi empuk. Setelah masak, angkat dan masukkan dalam mangkuk. Hiaskan dengan daun sup, daun bawang dn bawang goreng.
Bahan hiasan lain seperti timun, tomato dan daun salad di basuh bersih-bersih dan di hidangkan bersam dengan kicap manis dan sambal.
Sungguh mudah resepi nasi ayam aidiladha 2014 kali ini. Bagi penggemar nasi ayam, bolehlah mencuba resepi ringkas dari Kak Tun ini.
Selamat Hari Raya semua.... Selamat Mencuba!
0 comments:
Post a Comment