Assalmualaikum... salam jumaat semua...
Penat sungguh hari semalam. Kak tun dapat tempahan kuih sri ayu ni 200 biji. Terkial-kial seorang diri membuatnya. Alhamdulillah... siap juga akhirnya...
Jadi, hari ni Kak Tun nak konsikan dengan korang resepinya....
Resepi Sri Ayu
Bahan-bahannya:-
(anggaran untuk 33 biji)
3 biji telur ayam gred A
1 cawan gula halus
1 cawan santan yang di kisar bersama pati pandan
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar ovalette
1 biji kelapa putih utk intinya
2-3 sudu besar tepung jagung
secubit garam
pewarna hijau
Caranya:-
Pukul telur hingga kembang. Kemudian masukkan gula, pukul lagi. Kemudian masukkan ovalette, santan dan akhir sekali tepung gandum. Santan tadi di kisar bersama daun pandan dan pewarna hijau. Perap 30 minit. Di dalam acuannya, di sapukan minyak masak. Inti kelapa di gaul bersama tepung jagung dan garam. Kemudian di tekan-tekan di dasar acuan. Gunakan sudu untuk mengisi adunan tadi. Kukus selama 5 minit sahaja. Pastikan air betul-betul mendidih baru kukus. Siap di hidangkan.
Sangat mudah kan?
Selamat mencuba...
Resepi yang sangat mudah dan ringkas... penyediaan memakan masa tak sampai sejam pun.. jom buat untuk family hari ini
ReplyDeletewaah...rajin yer k tun..nak cuba jugak resepi ni yer...
ReplyDeleteSilakan....
ReplyDeleteRajin k.tun buat kueh.. kalau sy bab2 masak kueh ni x berapa nak reti sgt, kalau masak lauk boleh la.. tp suka makan.hehe
ReplyDeleteJemput baca untuk persediaan jika tengah stress -->> TEKNIK HADAPI TEKANAN - SENAMAN DEEP BREATHING
my feveret kuih!!!!! tau makan je nie..tak pernah lagi buat sendiri..balik kampung nnt nak try buat la sekali,,nampak resepi ktun mudah sangat..nak jugakkkkk....haha
ReplyDeletewah new recipe lagi dari kak tun! :) sedapnya.
ReplyDeleteSilakan buat untuk santapan keluarga.... memang berbaloi-baloi berbanding yang beli di kedai...
ReplyDeletememang salute...200biji buat sorang2 je...
ReplyDeleteLuahan Perasaan Isteri Yang Masih Belum Dikurniakan Zuriat