.

Saturday, 13 December 2014

Tips Memilih Baju Untuk Anak-anak



Tips Memilih Baju Untuk Anak-anak

Hai semua... Seronok membeli belah bersama keluarga kan di musim cuti begini.. Namun begitu harus diingat, ada beberapa perkara yang boleh di amalkan ketika memilih baju untuk anak-anak kita.

Kebanyakan ibu bapa ghairah membeli tanpa menyedari bahawa pakaian itu tidak sesuai dengan si anak. Dalam entri saya kali ini, ingin saya kongsikan dengan anda beberapa tips untuk memilih baju untuk anak-anak.

Bahan/material

Yang paling  penting dalam pemilihan baju ialah bahan buatannya. Perlu di ketahui ia di perbuat dari apa. Material yang paling sesuai untuk anak-anak adalah yang diperbuat daripada kapas kerana ia mudah menyerap peluh. Ini kerana, kanak-kanak lebih aktif bermain dan mudah berpeluh. jadi, material kapas ini dapat membarikan keselesaan kepada mereka.

Ukuran

Jangan membeli baju yang hanya sekadar muat dengan tubuh mereka. Ini boleh mengakibatkan ketidakselesaan kepada mereka. pilihlah baju yang sedikit longgar akan mereka lebih selesa dan seronok memakainya.

Warna dan motif

Bagi anak-anak kecil, mereka lebih gemar menggayakan baju-baju yang berwarna 'ceria'. Warna sebegini akan menarik minat mereka dan memberikan emosi yang positif kepada anak-anak. Kebiasaanya kanak-kanak amat gemar akan baju yang bercorak kartun kegemaran mereka. Pilihlah motif baju yang sesuai untuk di gayakan mengikut majlis. Jangan sampai tersalah pilih ya...

Semoga Bermanfaat!!








5 comments:

  1. saya pula melakukan kesilapan membeli baju anak semasa anak yg pertama..baju baby tapi beli byk, tak sempat nak pakai sangat sebab baby cepat besar..kesian adik-adik kena pakai baju second hand, nak beli lagi tak tergamak sbb byk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah mengandung anak pertama memang kita jadi teruja. Semua nak beli untuk dia kan... untunglah anak sulung... adik2 mesti meruingut... hihihi

      Delete
  2. suka beli baju anak dia belum setahun kami beli dua tahun boleh pakai lama sikit.kalu baju kurung suka cari kain kapas bunga kecil2

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. saya pun selalu beli saiz yg besar dr usia mereka.. boleh pakai lama... hihi

      Delete
  3. suka pi shoping baju anak masa dia bby heee.kalau murah ras anak rembat semua kan heee...

    ReplyDelete