.

Friday, 28 November 2014

Cara Mudah Untuk Mengurangkan Perbelanjaan Dapur Anda Setiap Bulan


Cara Mudah Untuk Mengurangkan Perbelanjaan Dapur Anda Setiap Bulan

Bila sebut sahaja "belanja atau shopping" semua orang memang seronok. Betul tak? Lebih-lebih lagi bagi kaum wanita. Bukan nak kata orang lain tetapi saya sendiri pun begitu.

Bila keluar dengan keluarga paling tidak pun pasti habis RM50 di belanjakan. Tak tahu apa yang di beli. Semuanya di luar perancangan.

Dalam entri kali ini saya hendak kongsikan dengan anda beberapa cara mudah untuk mengurangkan perbelanjaan dapur anda setiap bulan.

Semasa membuat pertimbangan untuk menjimatkan perbelanjaan, makanan adalah satu sumber yang anda boleh menjimatkan belanja dengan banyak.

Ingin tahu bagaimana caranya?? Jom baca di bawah.

1. Buku harga

Ini adalah satu sistem untuk merekodkan harga barangan yang anda beli. Buatkan beberapa ruang dengan tajuk-tajuk berikut;
Tarikh
Kedai
Barangan
Saiz
Harga
Harga unit
Harga diskaun

Pada sudut atas kanan muka surat, catat nama barangan yang di beli (seperti beras, susu, sayur dan sebagainya). Selepas memantau harga selama beberapa bulan, anda akan mengetahui manakah tawaran yang bagus dan yang mana tidak. Ruang yang paling mustahak ialah harga unit, kerana ruang tersebut memberitahu anda harga yang anda bayar untuk setiap gram atau lain-lain unit ukuran.

2. Kurangkan membeli snek

Makanan ringan seperti snek, minuman bergas dan makanan sejuk beku biasanya agak mahal tetapi tidak memberikan khasiat kepada kita.

3. Sentiasa membeli-belah dengan harga runcit

Pastikan anda hanya membeli barangan yang tersenarai sahaja supaya anda tidak membeli barangan mahal atau yang tidak di perlukan

4. Jangan membeli-belah ketika lapar

Ini sangat berbahaya! membeli-belah ketika lapar akan menyebabkan anda membeli lebih daripada biasa. Anda pasti teringin membeli apa sahaja yang dilihat kerana semuanya nampak sedap.

5. Buat perbandingan harga

Latih anak-anak anda yang sudah cukup dewasa untuk membuat perbandingan. Minta mereka membeli sos paling murah atau apa sahaja di kedai berdekatan untuk mereka menimba pengalaman.

6. Membeli-belah ketika waktu kedai tidak sesak dengan pengunjung

Cara ini dapat membantu kita membuat pertimbangan dalam memilih barangan yang ingin di beli. Ini akan membantu kita membuat keputusan yang baik dan tidak tergesa-gesa.

Haa... macam mana? Anda pernah buat tak cara yang di sebutkan di atas tadi?

Jika tidak, anda boleh bermula dari sekarang. 

Rancanglah perbelanjaan anda hari ini supaya ia lebih teratur.



ANDA  BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE?? 
BOLEH HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM:- 012-3789284 
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE 
EMAIL:- nursimatun@gmail.com 
Shaklee ID :- 1091465 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

9 comments:

  1. setiap hari Jumaat, selalu tengok paper The Star sebab dalam tu ada senarai harga barangan yang ada promosi

    SEJUKKAN BADAN ANAK YANG DEMAM

    ReplyDelete
  2. lagi satu k.tun, bawa cik abang juga dan suruh cik abang jd pengawas tengok kita membeli dan beri amaran jika kita mahu ambil barang yang tiada dalam list.. hihihi suka tengok rancangan orang putih yang beli guna kupon.. tengok diorang kumpul kupon yg pengeluar produk sediakan dan beli barang mengikut kupon yg diorang ade.. last2 tak payah bayar sbb diorang dah buat pengiraan dkt kupon ikut brg yg diorg ambil.. kalaulah malaysia ada pkai sistem kupon mcm ni, ida akan jd pengumpul kupon tegar rasanya.. hihi

    NUTRISI PENTING UNTUK OTAK KANAK-KANAK SEDANG MEMBESAR

    ReplyDelete
  3. No. 4 dan no.6 tu mmg setuju. Saya dpt elak beli benda atau makanan mengarut dan berlebihan hanya dgn follow tips tersebut

    ReplyDelete
  4. Bagus tips nabila..nabila law dh shopping mmg main amik jer..huhu..

    ReplyDelete
  5. Yeaaa...tips ni syu suka..sbb kdg2 terfikir jugak cara terbaik time nak berbelanja ni..huhu..tq kak tun ;)

    ReplyDelete
  6. suka part yg lapar tu.hahaa..sbb huda akn pastikan yg perut di isi sblm p shopping..kalau tidak siap la..habis ku rembat.hahaaa..

    JommSihatDanCantik -> JAWAPAN KEPADA SEBUAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMAKNA

    ReplyDelete
  7. List tu penting..bEli ikut keperluan bukan nafsu

    Cara Bernafas Ketika Bersalin

    ReplyDelete
  8. Betul tu..lau kuar beli barang jarang buat list beli ikut suka .

    Indeks Glisemik Rendah

    ReplyDelete
  9. Bawa rm50 dalam purse sekali pergi pasar je dah habis. Tengok takdelah banyak sangat barang beli. Untung ada banyak masa nak survey. Suka round dulu last sekali baru beli.

    ReplyDelete