Pantang! Pantang! Pantang!
Asal lepas bersalin je nak kena pantang. Penting ke berpantang ni? Apa yang nak kena pantang sebenarnya?
Pantang jumpa ke pantang betul-betul?? Soalan ini hanya si ibu sendiri yang mampu menjawabnya. Tepuk dada tanya iman masing-masing. Kuatkah diri anda untuk berpantang selepas melahirkan anak?
Tempoh berpantang bagi masyarakat melayu biasanya selama 44 hari. Manakala bagi masyarakat cina dan india pula selama 30 hari.
Bolehkah suami sediakan menu berpantang ini?
Ya, sudah semestinya suamilah orang yang paling layak menyediakan segala keperluan isteri setelah melahirkan anak. Suami perlu ada ilmu dalam menguruskan situasi sebegini. Isteri telah berkorban dan menyabung nyawa melahirkan zuriat. Apa salahnya jika suami pula yang ambil alih? Betul tak?
Apakah menu yang mudah yang boleh suami sediakan?
1. Ikan Masin bakar bersama nasi putih dan lada hitam. Pengalaman saya dahulu, ibu saya selalu menyediakan ikan gelama kering yang di bakar bersama nasi panas. Lada hitam hanya sekadar di tumbuk. Memang menyelerakan.
Cara penyediaan:-
Ikan masin (apa-apa jenis ikan asalkan yang tidak gatal) perlu di bersihkan terlebih dahulu. Biasanya ikan gelama masin menjadi pilihan.
Bakar di atas api ( jika di atas bara arang, ia lebih sedap) sederhana sehingga masak.
Hidang bersama nasi panas.
2. Ayam atau daging bakar bersama sayur sawi masak air. Ini juga menu pilihan saya.
Cara penyediaan:-
Perap ayam atau daging bersama garam dan kunyit seketika. Bakar sehingga masak. Untuk sayur sawi pula. tumis bawang putih dan merah sehingga naik bau. Gunakan sedikit minyak sahaja. masukkan sayur sawi, air serta sedikit lada hitam dan garam.
3. Sup ayam.
Cara penyediaan:-
Ini juga menu ringkas yang suami boleh sediakan. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia. Isikan sup bunjut dan isi ayam bersama air dan garam secukup rasa. Renehkan dengan api kecil. Apabila siap, hidangkan bersama nasi panas.
4. Sup ikan haruan.
Ini merupakan menu utama bagi ibu berpantang dari zaman dulu kala lagi. Ikan haruan mengandungi zinc yang boleh membantu menyembuhkan luka dengan cepat. Cara penyediaannya seakan-akan membuat sup ayam. Sungguh mudah.
5. Sambal tok-tok.
Cara penyediaan:-
Lazimnya sambal ini disediakan oleh masyarakat Jawa di Johor. Ia hanya menggunakan ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Kesemua bahan ini ditumbuk dan digoreng dengan sedikit minyak. Sungguh menyelerakan.
Sebenarnya terdapat banyak lagi menu yang bersesuaian yang boleh di sediakan oleh para suami. Kebiasaanya ia mengikut negeri atau tempat tinggal masing-masing.
Jika anda mempunyai menu ketika berpantang yang simple dan mudah di sediakan, sila lah berkongsi dengan saya di ruangan komen di bawah.
Selamat mencuba encik suami!!
Rujukan: myhealth.gov
**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**
0 comments:
Post a Comment