Assalamualaikum WBT..
Masalah kencing kotor di kalangan wanita hari ini bukanlah satu perkara baru terutamanya bagi ibu hamil. Masalah ini dapat di kesan dengan membuat ujian air kencing di klinik. Ia boleh memudaratkan sekiranya tidak di atasi dengan segera.
Punca
Ia di katakan berpunca daripada kuman yang berasal dari kulit dubur faraj atau lubang dubur. Kuman akan bergerak ke pundi kencing dan menyebabkan berlakunya jangkitan.
Antara punca lain adalah seperti tabiat mengelap dari belakang ke depan, kawasan kemaluan di sentuh dengan tangan @ zakar yang kotor.
Simptom atau tanda
*Kerap kencing tetapi gagal mengeluarkan air kencing dalam kuantiti yang banyak
*Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk
*Terasa pedih atau sakit ketika membuang air kecil
*Terasa pedih atau sakit ketika mengadakan hubungan seks
*Demam atau badan berasa tidak selesa(seram sejuk)
Risiko kepada ibu dan bayi dalam kandungan
1. Boleh menyebabkan kerosakan pada ginjal sekiranya tidak di rawat. Paling kritikal ia boleh membawa maut!
2. Boleh mengakibatkan kelahiran pra matang. berat bayi juga kurang
5 tips mudah atasi masalah kencing kotor
1. Minum air masak secukupnya. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau bersamaan 2 liter. Ini bergantung kepada berat badan masing-masing.
2. Jangan tahan kencing. Segera ke tandas sekiranya anda terasa hendak membuang air kecil.
3. Mencuci kemaluan dari depan ke belakang dan bukan sebaliknya.
4. Pakai seluar dalam daripada material cotton yang longgar dan mudah meresap.
5. Minum air barli. Ini adalah petua orang lama. Boleh di cuba dan in shaa Allah boleh juga membantu.
6. Mengambil set kencing kotor shaklee seperti garlic complex. Sekiranya anda tidak hamil, boleh di ambil bersama alfalfa complex
0 comments:
Post a Comment