.

Tuesday, 10 March 2015

Cara Cepat Turunkan Tekanan Darah Tinggi Sebelum Anda...

Cara Cepat Turunkan Tekanan Darah Tinggi Sebelum Anda...

Assalamualaikum... salam sejahtera semua...

Tatkala membaca tajuk entri yang tergantung itu, pasti ramai sudah dapat membayangkan sambungannya kan?  Nauzubillah... Minta di jauhkan dari segala musibah.

Bercerita tentang tekanan darah tinggi ini, teringat saya kepada ibu di kampung. Ibu saya sememangnya mengalami masalah darah tinggi dan adakalanya terlalu tinggi sehingga pernah mencecah 200!!

Gerun kan bila dengar bacaan begitu tinggi? Macam-macam yang terbayang di kepala saya.

Allah masih sayangkan ibu saya. Walaupun bacaan tersebut terlalu tinggi, beliau masih boleh berjalan dan tidak pitam. Syukur adik beradik saya segera membawa ibu saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Hati anak mana yang tidak risau bila mengetahui si ibu ada tekanan darah tinggi. Ibu saya seringkali menasihati saya supaya jangan sampai penyakit itu terkena kepada saya. Susah untuk di pulihkan katanya.

In shaa Allah ma, saya akan jaga diri saya. Ma pun kena jaga diri juga... :) Jom saya kongsikan dengan anda mengenai darah tinggi ini....

Apa itu darah tinggi?

Darah tinggi atau lebih di kenali sebagai hipertensi ialah keadaan di mana bacaan tekanan darah melebihi had normal. Kebiasaannya bacaan tekanan darah bagi orang normal ialah di bawah bacaan 120 bagi bacaan sistolik (bacaan atas) dan di bawah 80 bagi bacaan diastolik (bacaan bawah). Tetapi bacaan tekanan ini juga di guna pakai mengikut umur masing-masing. 

Apa itu sistolik dan diastolik?

Sistolik ialah tekanan saat jantung berdenyut atau berdetak (sistol) atau lebih di kenali sebagai tekanan atas manakala diastolik ialah saat jantung beristirehat di antara saat pengepaman. Ia lebih di kenali sebagai tekanan bawah.

Apakah faktor penyebab tekanan darah tinggi ini?

Antara faktor yang menyumbang kepada berlakunya tekanan darah tinggi ialah:-

1) Keturunan
2) Usia
3) Stress
4) Merokok
5) Garam
6) Kolesterol
7) Obesiti
8) Kafien
9) Gaya hidup
10) Alkohol
11) Penyakit buah pinggang
12) Pengambilan ubat-ubatan seperti steroid, antiradang bukan steroid

Apakah tanda dan gejala tekanan darah tinggi?

> Selalunya ia tidak menunjukkan sebarang gejala dan tanda

> Adakalanya pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala

> Untuk mengetahui anda menghidap tekanan darah tinggi, lakukan pemeriksaan darah secara berkala di klinik kesihatan berdekatan anda.

Sumber:- myhealth.gov
               facebooksne

Bagaimana ingin mempercepatkan penurunan tekanan darah tinggi ini?


Antara cara paling cepat untuk menurunkan tekanan darah tinggi ialah:-

1) Mengubah gaya hidup sekarang
2) Lakukan senaman
3) Mengambil supplemen yang bersesuaian

Jom tonton video ini untuk mengetahui bagaimana Encik Fahmy Suhaimi menurunkan tekanan darah tinggi beliau dengan cepat.
Tekanan darah tinggi ini dapat di atasi sekiranya kita mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengubah jadual harian seperti yang Encik Fahmy lakukan.

In shaa Allah dengan bantuan pengambilan supplemen Shaklee, anda dapat merawat masalah ini.

Jom sama-sama kita ikhtiar ya...

Anda mungkin meminati:-

petua kempiskan perut buncit  
apa itu cyst? 
cara jadi ahli shaklee


**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- 
 NURSIMATUN MD YUSOF CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM:- 012-3789284 
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE
 EMAIL:- nursimatun@gmail.com 
Shaklee ID :- 1091465 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

2 comments:

  1. Alhamdulillah. Setiap penyakit ada penawarnya. Cegah sebelum parah.

    ReplyDelete
  2. Bebrapa hari lepas Mil saya terkena tekanan darah tinggi macam mak kak tunn la bacaan 200..seramm dengar. Takut kang jadi minor strokk kalo x dipantauu..skang ni dia lebih berjaga2

    ReplyDelete