Tak tahu macam mana nak mulakan kata-kata. Tak tahu macam mana nak susun ayat. Yang pasti jika ia berkaitan dengan anak, hati seorang ibu seperti saya mudah sensitif.. Sangat mudah tersentuh...
Rasanya sepanjang tahun 2014, banyak kes yang dikaitkan dengan anak-anak yang di letakkan di bawah jagaan pengasuh di taska. Ada yang di dera dan tak kurang juga yang meninggal dunia di taska.
Ibu bapa adakalanya tiada pilihan selain meletakkan anak di taska kerana mereka perlu mencari nafkah untuk keluarga. Kebiasaanya mereka yang meletakkan anak-anak di taska sering mengadu anak-anak mereka mudah dapat sakit. Al maklumlah, persekitaran taska berbeza dengan di rumah.
Jika ada anak-anak taska yang sakit, sudah pasti virus lebih mudah di sebarkan kepada anak-anak yang lain. Sebagai contoh sakit mata.. Penyakit ni memang mudah sangat berjangkit.
Seksa tau sakit mata ni. Dah lah bengkak, merah dan bertahi mata je. Terpaksa ambil cuti sakit jika penyakit ini terkena pada kita. Betul tak?
Makanan di taska tidak sama seperti makanan yang kita sediakan di rumah. Di taska ia lebih terhad jika hendak di bandingkan di rumah. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri yang pernah bekerja di taska suatu ketika dulu. Saya sendiri mengalaminya.. Memang menyedihkan jika pemilik taska amat berkira-kira dalam penyediaan makanan untuk anak-anak taska. Tidak mustahil jika ada yang tidak cukup makanan.
Apa yang perlu di lakukan oleh para ibu untuk mengatasi masalah anak kurus kering dan sering sakit ini?
Ibu bapa yang mengalami masalah sebegini boleh mengambil langkah bijak untuk memastikan anak-anak sentiasa sihat walaupun mereka berada di taska. Antaranya ialah:-
> Sering membekalkan makanan yang berkhasiat kepada anak-anak
>Memberi anak-anak makanan tambahan atau vitamin supaya dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan mereka.
>Buat pemantauan ke atas taska anak-anak kita
Ikuti pengalaman dua orang ibu ini, bagaimana mereka atasi masalah anak mereka yang sering sakit ketika di taska...
Sesungguhnya anak itu anugerah yang tidak terhingga. Kita mesti menjaga amanah Allah ini sebaiknya.. Jika mereka sakit, jangan di biarkan.. Jangan di tangguh-tangguh untuk mencari penawarnya.
Jika mereka dah tiada, menangis air mata darah pun tiada gunanya lagi. Yang pergi tidak akan kembali lagi...
Jika kita ibu bapa, mampu membeli pakaian dan keperluan lain yang mahal-mahal, mengapa tidak kita sediakan keperluan anak-anak demi untuk kesihatan mereka..
Fikir-fikirkanlah...
**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**
BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK
HUBUNGI SAYA:-
NURSIMATUN MD YUSOF
CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM:- 012-3789284
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE
EMAIL:- nursimatun@gmail.com
Shaklee ID :- 1091465
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]
Betul tu kak Tun, tiada yang lebih berharga daripada melihat anak-anak sihat dan gembira.
ReplyDeleteBetul sangat... kalau ank sakit, kita pun turut rasa sakit tu... Apapun kena pantau anak2 di taska.. Jangan serah 100% pada pengasuh..
Deletememang mencabar jadi ibu yang bekerjaya.. apa2 pun si ibu kena bijak jaga pemaknan anak dan sering tanya perkembangan anak di taska. apa2 yang berlaku senang kita nak pantau
ReplyDeleteMemang elok pantau tu. jangan serah sepenuhnya pada pengurusan taska.. kalau anak sakit, kerap2 tanya pd pengasuh.. jangan biarkan... nanti kalau dh melarat, kita juga yg susah kan?
DeleteAnak-anak sakit cabaran buat ibu bapa. Yang paling terasa ialah ibu. Tinggal saja anak kat taska, anak dah start menangis. Ibu bapa yang berkerja terasa impaknya. Nak buat kerja pun tak senang. Asyik telepon tanya anak ok tak kat taska.
ReplyDeleteDi taska jika seorang kena selsema atau demam, semua akan terikut sakit. Nie adalah kerana satu pinggan makanan akan dishare dengan semua anak-anak dalam taska.
Nie pengalaman saya menghantar adik sedara ke taska..
betul tu Aju... kat taska mmg mudah sangat dapat penyakit.. sian diorg kan.. ibu bapa kena lebih bg perhatian pd anak2...
Deletebakteria memang cepat je merebak lebih lagi melalui sentuhan. makanan pun boleh jadi juga sebab pernah dengar cerita, pengasuh suap semua anak asuhan dengan 1 pinggan. Boleh jadi minum pun dalam cawan yang sama?
ReplyDeleteMembayangkan keadaan kanak-kanak di taska sudah cukup bagi saya untuk tidak mengantar mereka kesana. Alhamdulillah saya tak bekerja dan boleh mengurus anak-anak sendiri. Buat bisnis dari rumah lebih baik untuk dapat kita menjaga anak-anak di depan mata sendiri. Apalagi dengan keadaan zamn sekarang yang serba instan. Alhamdulillah sy diberikan kesempatan untuk merawat anak sendiri.
ReplyDelete