Asalamualaikum...
Orang tua-tua cakap dari mata turun
ke hati, bila berjumpa dengan orang benda pertama yang kita akan lihat
bila berkomunikasi dengan orang tuh adalah matanya kan, tentu segan bila
bawah mata kita neh dah kalahkan mata panda. Hitam! Lesu! dan
Berkedut-kedut. Kali ini saya nak kongsi sedikit beberapa cara bagaimana
mahu hilangkan hitam di bawah mata. Jom baca:
1) Ubah Diet kita: segan kan bila
bawah mata ada bulan sabit berwarna hitam bergantungan di kanan dan kiri
mata. Ahaaa sebaik-baik nya apa kata kita semak semula apa yang kita
sumbat setiap hari kerana apa yang kita makan akan membentuk diri kita.
Sebagai contoh makanan yang mengandungi garam yang banyak dan minuman
beralkohol boleh menyebabkan badan kita 'bloat'. Ehemm macam mana nak
jelaskan yea, pernah tengok cerita korea? ahaaa bila they all tido then
esok nya bangun pagi tengok muka depa macam kembang semacam jea
kan..lebih kurang gitulah 'bloat' neh.. so bila kita kurangkan makanan
seperti di atas for sure mata kita juga akan mendapat masa rehat yang
lebih dan tidak bengkak kan.
2) Berhenti menggosok mata: geseran
yang berpanjangan antara jari kita dan kulit di bawah mata boleh
menyebabkan bawah mata kita menjadi gelap. Geseran boleh menyebabkan
pigmentasi kulit bertukar gelap dan ini merupakan satu habit yang buruk
selain dari membuatkan kuman berpindah ke muka kita juga.
3) Pakai Sunscreen: Bila keluar dari
rumah contohnya nak berjimba-jimba di pantai, jangan lupa sapu
sunscreen di tubuh kita yang terdedah kepada cahaya matahari tau, ini
termasuklah di kawasan bawah mata. Tapi hati-hati jangan sampai termasuk
dalam mata pula.
4) Gunakan Jari Manis: bila kita
memakai alat solek atau mengenakan foundation atau concealer di wajah
dengan menggunakan jari, gunakakan jari manis kerana jari manis
merupakan jari yang paling lemah dari semua adik beradiknya yang lain.
Ini adalah kerana kurang geseran yang dikenakan di bawah mata adalah
lebih baik. Kita perlu membelai kawasan bawah mata kita sebaiknya kerana
ini merupakan kawasan sensitif kan.
5) Uncang Teh Sejuk: selepas
membancuh secawan teh jangan dibuang pula uncangnya. Sebaliknya simpan
uncang teh tersebut ke dalam peti sejuk selama 10 minit atau lebih untuk
menyejukkannya. Kemudian berbaring dan letak uncang teh tersebut ke
atas mata anda selama 15 minit. Bukan sahaja aktiviti akan menenangkan
kita malahan ia turut membantu mata untuk berehat. Uncang teh yang sejuk
ini akan melegakan kulit di sekitar mata dan mampu mengurangkan bengkak
dan warna hitam bawah mata.
6) Tanggalkan mekap di wajah:
Selepas seharian di luar, ketika pulang di rumah pastikan kita
menanggalkan semua mekap yang terdapat di muka. Ingat, jangan tidur
bersama mekap!
7) Guna sudu!: ok pernah tak masa
makeup time kahwin dulu, mak andam akan sapu-sapu kan ketulan ais dimuka
sebelum sesi makeup bermula dengan tujuan nak buatkan kulit kita segar.
Ahaaaa lebih kurang jugak lah konsep guna sudu neh. Sebelum tidur
celupkan 2 sudu ke dalam air kemudian angkat dan terus simpan ke dalam
peti sejuk semalam. Kemudiaan esoknya ambil sudu tersebut dan letak lah
di kawasan sekitar mata selama 10 minit. Ahaaa pasti segar rasanya. Rasa
sejuk dari sudu akan membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan
membuatkan kulit kita lebih cantik selepas makeup tau.
ok now nak cerita tentang Enfuselle Eye Treatment yang boleh hilangkan mata panda:
Beberapa minggu lepas saya ada
membeli produk penjagaan mata dari Shaklee iaitu Enfuselle Eye Treatment
dengan harapan untuk melihat sendiri keberkesanan produk ini. Saya
pakai dua kali sehari iaitu ketika waktu pagi dan ketika sebelum tidur.
Untuk pengetahuan semua, cara untuk menggunakan cream ini adalah sangat
mudah. Picit sedikit sahaja di hujung jari kemudian dap ( tepuk-tepuk
halus ) di sekeliling mata. Jangan sapu atau tekan kuat-kuat yea, cukup
sekadar tepuk-tepuk manja gitu di sekitar bawah mata. Setelah 30 saat
kita menepuk kawasan itu, kulit yang terkena cream itu akan terasa agak
panas. Tengah menyerap lah kot yea.. hehehe..
Hampir dua minggu mencuba sendiri
produk neh apa yang boleh saya katakan ialah Shaklee memang tak
mengecewakan pengguna setia mereka. Hitam di bawah mata saya yang
kalahkan panda neh mula berkurangan. Maaf ye saya tak cakap hilang
terus, mana ada produk sekali dua pakai terus hilang hitam tuh, bukan
pakai kapor kasut kan..haha. Garisan-garisan bawah mata juga mula
menjadi lebih halus. Takpe-takpe, saya akan teruskan eksperimen neh
selama beberapa bulan, tak sabar rasanya nak hapuskan semua kesan hitam
dan garis-garis manja bawah mata neh. kita akan tahu keadaan bawah mata
saya setelah beberapa bulan menggunakan produk neh nanti. Sabar tau.
Jom kita tengok kebaikan produk neh:
Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
Mengurangkan kemunculan garis-garis
halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan
pelbagai nutrien dan botani khusus.
Terbukti secara klinikal:
- 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
- 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
- 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
- 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
- Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
- Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
- Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
- Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.
**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**
BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK
BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF
012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM)
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE
EMAIL:- nursimatun@gmail.com
0 comments:
Post a Comment