.

Monday, 18 August 2014

Mengapa Saya Setia Bersama Shaklee???




Mengapa Setia Bersama Shaklee?


Assalamualaikum.....

Bismillahirrohmanirrohim....
Alhamdulillah.... Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. Kerana dengan izinNya, saya masih lagi dapat bernafas di bumiNya ini. Demi untuk meneruskan perjuangan sebagai hambaNya. Walaupun sejak akhir2 ini, banyak kemelut yang melanda Shaklee namun ia sedikit pun tidak menggugat pandangan saya terhadap Shaklee kerana saya tahu & yakin bahawa Shaklee bukan seperti yang di gembar-gemburkan.

Rata-rata rakyat saya perhatikan memang rajin. Rajin yang saya maksudkan ialah rajin berkongsi apa yang mereka baca di facebook terutamanya. Mereka ini sebenarnya TIDAK membaca tetapi hanya sekadar berkongsi apabila melihat ramai orang lain juga melakukan sedemikian.

Mengapa Saya Setia Bersama Shaklee??

Sejak dari awal pengelibatan saya dalam dunia Shaklee ini, saya yakin bahawa Shaklee bukanlah seperti MLM lain. Mengapa saya begitu yakin??? Kerana saya telah banyak menyertai MLM lain yang tak dapat bawa saya ke mana2 pun.

Disini ingin saya kongsikan pengalaman saya di tipu....

Saya pernah di tipu oleh seorang perempuan yang beriya2 ingin membantu saya (kononnya). Dia memujuk saya menyertai Hai-O Marketing. Maaf, saya terpaksa nyatakan nama syarikat berkenaan! Pada awalnya saya bersetuju. Dia seolah2 boleh di percayai kerana urusan saya bersam dia berjalan lancar pada awalnya. Namun, ia sebenarnya adalah taktik yang amat licik. Bak kata pepatah, LEMBUT GIGI DARI LIDAH. Dia sedaya upaya memujuk saya supaya menjadi ahli Hai-O. Katanya dengan hanya membayar yuran keahlian sebanyak RM50, banyak faedah yang saya akan perolehi. 

Namun, setelah membuat pembayaran sebanyak RM50, mengisi borang keahlian (hanya sekadar mengaburi pandangan mata saya), dia menjadi semakin sukar di hubungi. Setelah sebulan lebih membuat pendaftaran itu, saya masih tidak menerima apa2 kad keahlian seperti yang dijanjikan. Saya mendesak dia,mengapa syarikat begitu lama proses keahlian seseorang? Katanya, kadang2 agak lambat. Jadi, saya bersabar sahaja. Apabila masuk bulan kedua, saya menjadi semakin tidak senang duduk. Rasa macam diri telah di tipu. Tetapi saya kuatkan semangat. Saya whatsapp ke no telefonnya (maaf sekali lagi kerana nombornya saya telah padamkan kerana sakit hati yang teramat). Tiada balasan. Masuk bulan ketiga, saya semakin yakin saya telah di tipu. 

Mungkin Allah nak tunjukkan kebenaran & berikan saya jawapan kepada persoalan saya selama ini. Ditakdirkan pada suatu hari, saya membaca tulisan rakan-rakan di facebook. Kemudian, saya terpandang satu iklan Hai-O di dalam satu kumpulan. Terdetik di hati saya untuk bertanya kepada orang yang mengiklankan barangan Hai-O berkenaan. Setelah meminta pertolongan dari beliau untuk menyemak nama saya di dalam sistem Hai-O, sememangnya TIADA pendaftaran yang di buat atas nama saya!! 

MasyaAllah!! Saya telah ditipu. Sanggup dia menipu saya sedemikian rupa. Tidak sedarkah dia, duit yang diberi kepada 3 orang anaknya itu adalah HARAM!! Allahuakhbar!! Saya begitu sedih sekali. Tidak saya sangkakan, dengan paras rupanya yang cantik, pertuturan yang lembut itu sebenarnya hanyalah untuk mengaburi mata saya sahaja!

Kerana itulah saya memilih Shaklee!! Kerana Shaklee bukanlah syarikat MLM yang suka menipu orang. Rata-rata SID Shaklee adalah mereka yang sangat berhemah! Kami tidak menipu orang untuk menyara keluarga.. Kami tidak menipu orang untuk menjadi kaya raya.!!

Dan yang paling UTAMA, Shaklee telah membuka mata hati saya. Jika dulu saya lebih banyak menghabiskan masa dengan menonton sinetron2 yang menghanyutkan hidup, kini saya lebih banyak mendekati PENCIPTA. Jika dulu saya tidak pernah melakukakan amalan2 rohani, kini saya mula belajar. Alhamdulillah. Kehidupan saya kini lebih tenang. Lebih bermakna. 

Saya lebih banyak masa bersama keluarga. Saya lebih banyak membuat penilaian & membaca. Shaklee banyak memberikan aura positif kepada saya. Jadi kenapa saya harus boikot Shaklee hanya kerana pemiliknya adalah orang Amerika?? Yang perlu kita boikot adalah PENYUMBANG kepada kewangan Israel.


Nak boikot tu biarlah berilmu. Jangan sesedap hati sahaja. Kebanyakan orang Melayu kita malas membaca. Lebih suka mengikut apa yang orang lain buat. Harap terasa!! Kerana itulah hakikatnya...

Mengapa Saya Setia Bersama Shaklee???

1. Kerana Shaklee menepati syariah seperti yang dinyatakan dalam entri Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman

2. Kerana Shaklee di perakui HALAL oleh JAKIM melalui ISA

3. Kerana Shaklee TIDAK menyalurkan bantuan kewangan kepada Israel @ Yahudi mahupun Zionist




Saya bukanlah taksub kepada Shaklee tetapi Shaklee benar2 telah membawa perubahan dalam hidup saya. Jika dulu saya ingin membeli keperluan sendiri saya perlu meminta duit suami, kini tidak lagi. Jika dulu saya banyak terumbang-ambing, kini saya lebih banyak mendekatkan diri kepada Allah dengan bantuan & nasihat upline2 saya serta kawan seperjuangan di dalam keluarga Shaklee saya.

Jadi, tiada sebab saya harus berhenti meneruskan bisnes yang hebat ini. Tiada alasan untuk saya mengundurkan diri.

Jika anda melihat dengan mata hati, anda akan mengerti apa hikmah setiap yang terjadi. Wallahualam...








**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,terat, cure or prevent any disease**
BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK
BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF
012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM)
 FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE
EMAIL:- nursimatun@gmail.com

0 comments:

Post a Comment