Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..
Kejadian sistem tubuh wanita dan lelaki memang sangat kompleks. Allah
Maha hebat, mencipta sesuatu yang sangat hebat dan tidak terjangkau dek
pemikiran kita. Namun, bukan bermakna Allah jadikan semuanya sempurna.
Ada sebahagiannya Allah berikan sedikit ujian supaya manusia berfikir
dan sentiasa mengingati dan mendekatkan diri kepadaNYa.
Begitulah halnya dengan masalah kesuburan. Ada wanita diuji dengan
kelewatan disahkan hamil. Setelah menunggu beberapa lama, kemudian
disahkan mengalami masalah kesuburan. Tetapi, ilmu Allah juga luas.
Ujian yang Allah timpakan, pasti jalan penyelesaian juga ALlah sediakan.
Cuma kita yang menentukan mahu mencuba, berikhtiar atau terus
membiarkan masalah berlarutan.
Antara masalah kesuburan yang sering dikaitkan dengan wanita ialah:
Masalah ovulasi
Ovulasi berada dalam peringkat paling penting dalam menentukan kehamilan
wanita. Bagi wanita yang normal, ketika fasa ovulasi, telur atau ovum
telah mencapai tahap kematangan dan keluar dari sarang dan bersedia
untuk disenyawakan bersama sperma. Namun, bagi wanita yang ada masalah
peneluran, anda akan mengalami gangguan hormon yang mengakibatkan anda
tidak mempunyai telur atau pun telur tidak mencapai tahap kematangan
yang diperlukan. Biasanya ia dikaitkan dengan masalah PCOS yang
merupakan punca utama lewat hamil.
Jika anda ragu-ragu atau takut berjumpa doktor, anda boleh kenalpasti
simptom ini sekiranya haid anda tidak stabil. Berbulan-bulan lamanya,
baru haid.
Cadangan Supplement: GLA Complex yang
berfungsi untuk stabilkan kembali hormon dan matangkan telur. Tambahan
Ostematrix sangat membantu mematangkan folikel telur wanita.
Masalah tiub fallopio tersumbat
Kerap terjadi kerana dua faktor utama iaitu jangkitan kuman dan
endometriosis. Jangkitan kuman pada tiub fallopio biasa terjadi kepada
wanita berbadan besar, pemakaian IUD, keguguran yang kerap, diabetis
atau sering sakit kerana daya imunisasi yang rendah.
Penyakit endometriosis yang dihidapi oleh wanita juga punca tiub
fallopio tersumbat kerana darah haid yang masuk semula ke dalam rahim.
Darah haid yang mengandungi tisu endo, toksik dan kuman boleh
mengakibatkan keradangan sehingga menyebabkan tiub tersumbat.
Cadangan Supplemet: GLA Complex dan Omega Guard
Keputihan Yang Teruk
Ramai wanita memandang remah keputihan yang dialami. Keputihan
sebenarnya ada yang bahaya dan tidak bahaya. Jika sesekali ia hadir
dalam jumlah yang sedikit akibat keletihan, ia adalah keputihan yang
normal.
Tetapi jika keputihan yang hadir disusuli dengan kegatalan, keradangan,
bau yang busuk serta banyak, anda mungkin perlu berbuat sesuatu.
Keputihan yang tidak normal boleh menyebabkan anda sukar untuk hamil
kerana kulat dan bakteria yang ada di sekitar vagina.
Ada juga kes pembedahan diperlukan untuk menyelesaikan masalah tiub tersumbat.
Cadangan Supplement: Alfalfa Complex
Fibroid
Kajian menunjukkan 25% wanita mengalami masalah fibroid. Punca sebenar
masalah ini belum dapat dikenalpasti naum ianya berkait rapat dengan
kehadiran hormon estrogen. Fibroid merupakan sejenis ketumbuhan pada
rahim dan ianya boleh membesar sehingga menghimpit pundi kencing,
senggugut yang teruk, pengeluaran darah haid yang banyak dan ada masanya
berasa sakit ketika bersama pasangan.
Anda boleh baca 10 Fakta Tentang Fibroid
Cadangan Supplement: GLA Complex, Vitamin C dan Vitamin E
OK..cukup
4 dulu masalah kesuburan yang saya kongsikan hari ini. In shaa Allah
ada sambungannya nanti dan saya akan kongsikan juga masalah kesuburan
kaum lelaki dan cara atasinya.
Jika anda mempunyai gejala-gejala di atas dan ingin mencuba supplement
Shaklee yang saya cadangkan, anda boleh menghubungi saya dengan
mana-mana cara di bawah.
Sebelum saya lupa, mungkin anda berminat untuk mengetahui Fungsi EPO dalam Kestabilan Hormon Wanita
Bagi suami yang mempunyai masalah sperma yang sedikit atau low count sperm, anda boleh serap info di Kepentingan Zinc Kepada Fungsi Seksual Lelaki
Credit to :-Maria Awi
**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,terat, cure or prevent any disease**
BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK
BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF
012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM)
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE
EMAIL:- nursimatun@gmail.com
0 comments:
Post a Comment