.

Saturday, 3 October 2015

Jahitan Bersalin Terbuka Semula! Apa Solusi Anda?



Jahitan Bersalin Terbuka Semula! Apa Solusi Anda?


Assalamualaikum... hai semua...

Sejak akhir-akhir ini, banyak pula saya baca luahan dan pertanyaan dari ibu-ibu yang baru melahirkan cahaya mata. Pertanyaan mengenai jahitan mereka yang koyak semula! Aduh, sakit, ngilu dan ngeri pun ada! Seriau saya mendengarnya.

Sepanjang pengalaman saya sendiri yang tiga kali melalui proses melahirkan anak, alhamdulillah tiada masalah jahitan koyak semula. Saya berpantang dengan sebaiknya demi untuk keselamatan dan kesihatan diri saya sendiri.

Adakalanya kes-kes jahitan terbuka semula ini bukanlah di sebabkan jahitan nurse atau doktor tidak kemas atau kuat tetapi ia adalah kerana kurangnya penjagaan diri di kalangan ibu-ibu sendiri.




Jika kita ingat laki kata-kata nasihat dari orang-orang lama yang menyuruh kita berpantang selepas melahirkan. Semua itu adalah untuk kebaikan diri sendiri. Proses kelahiran anak ini tidak sama sakitnya seperti sakit-sakit yang lain. Ia memerlukan penjagaan yang rapi supaya benar-benar sembuh seperti sediakala.

Apakah cadangan untuk masalah ini?

Antara tips yang boleh di amalkan oleh ibu-ibu yang ingin luka jahitan bersalin sembuh seperti sediakala ialah:-

1. Duduk di dalam besen yang berisi air garam suam. Lakukan sekerap mungkin. Ini bagi mereka yang bersalin secara normal.

2. Bagi mereka yang bersalin secara pembedahan pulak, lap kain pada kawasan luka setiap kali selepas mandi. Jangan sekali-kali menggunakan tisu. Jika berpeluh, pastikan kawasan luka tidak lembap

3. Elakkan menyapu ubatan tradisional dalam tempoh 1-10 hari selepas bersalin

4. Minum air secukupnya. Jangan dengar mitos dulu kala yang mengatakan ibu bersalin tidak boleh minum air yang banyak. Anda memerlukan air yang cukup untuk mengelakkan sembelit.

5. Anda boleh mengamakan zinc complex shaklee untuk membantu proses penyembuhan dengan lebih cepat.

Sebotol hanya RM33 sahaja. Untuk kegunaan selama 4 bulan

Testimoni pengguna zinc complex shaklee








**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK 

HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF WHATSAPP:- 012-3789284 

Shaklee ID :- 1091465 

Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

4 comments:

  1. Ngeri dengar kalau jahitan terbuka dan kena jahit balik. Mesti sakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ngeri kan? tapi ramai saya jumpa dalam group di fb terutamanya ibu muda yg alami masalah macam ni.. mungkin tak berpantang dengan betul

      Delete
  2. isshh ngerinya kalau terbuka semula ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan. ngeri kita dengar. jagalah diri elok2 bagi yang berpantang. bukan untuk orang lain tapi untuk diri kita jugak kan?

      Delete