Meroyan mengikut istilah psikologinya ialah, psikosis puerpera. Mengikut perangkaan kajian luar negara, penyakit ini menyerang kurang dari 1.5 daripada setiap 1000 kelahiran.
Mengikut istilah perubatan pula ia di kenali dengan postnatal depression, yang bersangkut paut dengan kelakuan aneh sebagai kesan emosi ( kejiwaan) yang dihidapi oleh wanita selepas melahirkan anak.
Keadaan ini berlaku kepada ibu yang pertama kali melahirkan anak. Dia akan bertindak agresif dan tidak dapat mengawal diri dan ada kalanya mencederakan orang lain juga. Keadaan ini berbahaya sekiranya dia di biarkan menjaga bayinya sendiri.
Simptom atau tanda-tanda meroyan
* perasaan putus asa
* bersalah
* amat letih
* muram
* sering menangis
* sunyi
* gelisah
* terperangkap
Namun begitu, simptom ini berbeza bagi setiap individu. Tidak semuanya sama.
Punca atau penyebab meroyan
Ia tidak diketahui dengan tepat. Ia mungkin disebabkan oleh reaksi otak kepada perubahan-perubahan hormon yang berlaku dalam badan wanita. Adakalanya perkara harian yang biasa sahaja boleh terasa terlalu membebankan. Apatah lagi keadaan yang lebih sukar untuk diatasi seperti:-
1) kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu, atau kemurungan semasa kehamilan
2) suami yang kurang menyokong, atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan
3) masalah kewangan, perumahan, kerja atau perhubungan anda
4) kelahiran yang rumit atau masalah kesihatan yang menyusul selepas itu
5) mendapat bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat
6) mendapati sukar untuk menyusu badan
7) ingatan-ingatan sedih yang melanda seperti kematian salah seorang dari ibu bapa anda semasa anda masih kecil
Cara menangani meroyan
* Sesuaikan diri
- Sentiasa bersikap positif dan menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru. Jadikan tanggungjawab itu sebagai suatu perkara yang menyeronokkan.
* Rehatkan diri
- Luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit dengan berehat sebentar seperti melakukan meditasi atau mandi.
* Tidur
- Curilah masa untuk tidur ketika bayi anda tidur di siang hari. Gunakan masa tersebut untuk menggantikan semula masa tidur yang terganggu di waktu malam. Pastikan ibu mendapat tidur yang cukup
* Dapatkan sokongan emosi dari ahli keluarga terdekat terutamanya suami. Sentiasa memanjatkan doa kepada Allah. Pujuk dan bimbing isteri selalu.
* Ambil makanan seimbang
* Lakukan senaman ringan
* Ambil makanan tambahan seperti b complex , ostematrix dan omega guard
Pengambilan vitamin ini dapat membantu ibu melegakan stress, memudahkan tidur, menenangkan perasaan.
Sentiasa dekatkan diri dengan Allah melalui zikir-zikir. In shaa Allah masalah meroyan ini dapat di elak. Wallahualam
**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**
BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK
HUBUNGI SAYA:-
NURSIMATUN MD YUSOF
WHATSAPP:- 012-3789284
Shaklee ID :- 1091465
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]
0 comments:
Post a Comment