.

Saturday, 18 April 2015

Cara Mencegah Dan Mengubati Jaundis


Assalamualaikum WBT... salam sejahtera...

Cara Mencegah Dan Mengubati Jaundis



Apa itu Jaundis?

Jaundis ialah peningkatan kadar bilirubin total pada minggu pertama kelahiran. Ia biasanya menyebabkan kulit, mata dan mulut bayi berwarna kuning.

Bilirubin yang berlebihan (hiperbilirubinemia) adalah punca utama penyakit kuning. Bilirubin ini berasal dari sel-sel merah bayi yang pecah semasa bayi dilahirkan keluar dari rahim.

Apa itu bilirubin?

Bilirubin adalah pigmen kekuningan yang dilepaskan ketika sel-sel darah merah dipecahkan. Biasanya bilirubin diproses dan dikeluarkan oleh hati. 

Bilirubin adalah toksik kepada sel-sel otak. Bayi yang mempunyai penyakit kuning yang teruk, bilirubin boleh masuk ke dalam otak dan merosakkan sel-sel otak secara kekal.


Tanda-tanda kerosakan sel-sel otak (bilirubin encephalopathy) adalah:-

1. Bayi mengalami kelesuan dan kesukaran bangun. Hanya bangun apabila dikejutkan
2. Menangis dengan nyaring
3. Sukar untuk menyusu
4. Leher dan kepala kelihatan melengkung ke arah belakang
5. Demam
6. Muntah

Apabila ia membesar ia mengalami masalah seperti:-

1. Tidak dapat mengawal pergerakan
2. Masalah penglihatan mata
3. Mengalami masalah pendengaran

Siapa bayi yang berisiko jaundis?

1. Bayi yang lahir secara pra matang. Bayi yang dilahirkan sebelum 38 minggu mungkin tidak dapat memproses bilirubin dengan cekap kerana organ hati mereka belum matang.

2. Bayi yang mengalami lebam ( pendarahan di bawah kulit) yang besar semasa dilahirkan. Selalunya berlaku semasa kelahiran dengan bantuan forcep dan vakum.

3. Jika darah ibu berbeza dari darah bayi boleh menyebabkan tindakbalas yang menyebabkan darah mereka lebih cepat pecah dan menghasilkan bilirubin yang banyak.

4. Ada yang mengatakan bayi yang menyusukan adalah berisiko tinggu untuk penyakit kuning. Hipotesis ini belum di sahkan. Jika pun berlaku ia bersifat sementara.

5. Bayi yang tidak cukup diberikan air (susu) dan tidak mendapat kalori yang cukup dari pemakanan boleh menyebabkan penyakit kuning.

6. Bayi yang mengalami kerosakan hati semenjak dari dalam rahim. Atau bayi yang mengalami masalah sumbatan pada saluran hempedu akibat kecacatan semenjak lahir juga boleh menyebabkan masalah kekuningan.


Bagaimana memeriksa kekuningan?

Kekuningan pada kulit dan putih mata adalah tanda penyakit kuning yang biasanya muncul antara hari kedua dan keempat selepas kelahiran.

Jadi, jika kekuningan melebihi 2 minggu, mungkin ianya bermasalah.

Untuk memeriksa penyakit kuning bayi, tekan perlahan-lahan pada dahi atau hidung bayi. Jika kulit kelihatan kuning  di mana ia di tekan, kemungkinan bayi mempunyai penyakit kuning yang sederhana.

Jika bayi tidak mempunyai penyakit kuning, warna kulit bayi akan kelihatan seperti pucat daripada warna biasa untuk seketika.

Periksa bayi dalam keadaan pencahayaan yang baik, sebaik-baiknya dalam cahaya semulajadi.

Mencegah jaundis

Pencegahan yang terbaik bagi  masalah kekuningan (jaundis) pada bayi adalah dengan memberi makanan yang mencukupi.

Bayi yang berumur kurang dari sebulan harus di susukan antara 8 hingga 12 penyusuan sehari.

Bayi yang di beri susu formula selalunya perlu mempunyai 1 hingga 2 auns ( kira-kira 30 hingga 60 milimeter) formula setiap 2 hingga 3 jam untuk minggu pertama

Ada di antara ibu-ibu yang menggunakan bahan-bahan dari sumber semulajadi untuk mengurangkan jaundis pada bayi. Antaranya ialah dengan memberi bayi minum air sengkuang cina, air tebu hitam, anggur hitam, air rebusan labu putih dan macam-macam lagi.

Tapi untuk cara yang lebih mudah anda boleh mengamalkan Set Hamil Shaklee dan Set Berpantang Shaklee Set ini boleh di amalkan sehingga selepas kelahiran. Memang terbukti bahawa mereka yang mengambil Set Hamil ini, bayi yang dilahirkan tidak mendapat jaundis padahal, kelahiran anak-anak sebelumnya menghidap jaundis..


Cara Mencegah Dan Mengubati Jaundis










Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.




Sumber rujukan:- http://kamuskesehatan.com/arti/bilirubin/



**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**


 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF
CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM:- 012-3789284
 FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE
 EMAIL:- nursimatun@gmail.com
 Shaklee ID :- 1091465
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

2 comments:

  1. pelik kan, zaman sekarang semakin menjadi-jadi pula baby dapat kuning. adakah disebabkan faktor pemakanan? Wallahualam

    ReplyDelete
  2. Betul. Bila tanya mak-mak dulu jarang pulak anak kena kuning.

    ReplyDelete