.

Wednesday, 9 July 2014

Makanan Untuk Mendapat Anak Bijak





Setiap ibu bapa pastinya ingin memiliki anak yang pintar & sihat...

Begitu juga dengan saya. Kehamilan merupakan saat yang paling indah bagi setiap wanita bergelar isteri. Setelah bergelar seorang ibu, sudah pasti naluri keibuan itu ada dalam diri. Pelbagai jenis makanan tambahan yang ingin di berikan untuk si manja agar mereka lbih sihat, cergas & pintar.

Menurut pembacaan saya di dalam Majalah Mingguan Wanita, ASID FOLIK merupakan satu elemen penting di peringkat awal kehamilan lagi. Ibu hamil memerlukan asid folik untuk pertumbuhan otak janin. Folate adalah vitamin B9 yang boleh di dapati di dalam sayuran hijau, jus buah-buahan & bijirin. Asid folik sangat penting terutamanya semasa wanita merancang untuk hamil & tiga bulan pertama selepas hamil. 

Buah-buahan saranan Rasulullah SAW
Di dalam Al-Quran sendiri ada di sebut tentang makanan yang di sarankan oleh Rasulullah SAW untuk mendapatkan anak yang cerdas. Antaranya ialah:-


Pir
Buah ini banyak mengandungi air yang manis & juga unsur vitamin. Rasulullah pernah bersabda, " Makanlah buah pir kerana buah itu dapat membuat rasa cinta di hati dan berikanlah buah ini kepada ibu yang sedang mengandung kerana dapat mempercantikkan anak kalian:.




Kurma
Ia mengandungi antara lain zat besi,kalsium, fosforus,sodium,potasium, Vitamin A & C. Iman Ali Bin Abi thalib berkata, " tidak ada makanan & ubat yang di makan oleh perempuan yang sedang hamil lebih utama daripada buah kurma yang segar (rathab). ini menunjukkan bahawa kurma sangat di sarankan kepada ibu2 hamil kerana ia dapat memberikan tenaga untu si ibu




Luban ( kemenyan Arab)
Rasulullah pernah bersabda," berilah makanan dari Luban kepada isterimu yang sedang hamil kerana jika bayimu dalam perut ibunya di beri makanan dari Luban, ia dapat menambah kecerdasan akalnya. Jika dia laki-laki, akan menjadi orang yang pemberani & jika ia perempuan pinggulnya akan besar sehingga kelak menjadi bahagian yang baik bagi suaminya.




Tembikai
Selain dapat mengurangkan rasa mual, ia dapat mencegah dehidrasi, kejang otot & baik untuk nutrisi janin dari segi perkembangan otot, pengelihatan, sistem imunisasi & saraf janin.




Kelapa
Rasulullah bersabda,"Berilah isterimu yang sedang hamil buah kelapa kerana ia dapat menjadi sebab anakmu berakhlak baik.




**Tips ini saya perolehi dari MAJALAH MINGGUAN WANITA






 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF 012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM) FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE EMAIL:- nursimatun@gmail.com

0 comments:

Post a Comment