.

Saturday, 3 May 2014

TERSALAH MAJLIS.....










Assalamualaikum gojes-gojes.....

Belum tidur lagi ye???? Tangan ni terasa gatal-gatal nak menaip malam ni. Nak kongsi pengalaman lucu petang tadi....

Sebenarnya hari ni adik saya ada jemputan kenduri kawin di Seremban. Kawan lama dia masa belajar dulu. Nak di jadikan cerita kitorang pun bertolak lah dari rumah jam 12 tengahari sebab majlis bermula jam 2 petang. Elok je keluar dari jalan biasa dan masuk ke lebuhraya tu terus ada kesesakan . Adatlah duk KL kan, tak lari dari kesesakan lalulintas ni.

Ingatkan habis di situ je tetapi rupa-rupanya sepanjang perjalanan dari KL ke Seremban!!! Masya Allah... Namun itu bukanlah cerita lucu yang nak saya kongsikan tetapi kelucuannya bermula ketika hampir sampai ke tempat kenduri tersebut.

Dengan berpandukan "waze" konon2 nya pasti sangat2 lah yang kami ni dah betul ke tempat yang ingin di tuju. Dah dalam "waze" sebut dah sampai kan? Apa lagi,kami pun terus masuk ke kawasan dewan untuk mencari tempat meletakkan kereta. Sebaik sahaja kereta di letakkan bergegaslah saya , anak2 & adik saya meluru masuk ke dalam dewan tersebut. 

Kami masuk melalui pintu belakang dewan. Ingatkan dah betul tempat yang dituju tetapi sebaik sahaja adik saya melihat pengantin yang sedang bersalam-salaman dengan tetamu tu, dia pun berkata " Eh, itu bukan kawan aku!!!... Bukan ni bukan... kita dah salah majlis!!! 

Apa???? Salah majlis??? Adoi....!!! Perut masing-masing dah mula berkeroncong. Kat luar hujan lebat disertai petir. Malu tu kami "cover2" lah sebab dah salah tempat kan. Suami saya dah geleng kepala dah. Anak2 dah tak tentu arah. Yang paling kecil dah merengek minta makan!!!
Nak tak nak, terpaksa lah keluar semula sebab itu bukanlah tempat yang ingin di tuju. 

Rupa2nya tempat sebenar kat dewan berhampiran sekolah SK Rahang. Tak jauh dari situ. Nasib baik jumpa kan. Kalau tak, mengamuk anak2 agaknya. hahaha.... Bila ingat balik, memang melucukan kerana pertama kali pergi kenduri kawin tetapi tersalah majlisnya... 

Badan pun dah penat, mata pun dah mengantuk.. Sampai je rumah terus baring sekejap. Kepala dah mula berdenyut2... Apa lagi??? Jom cepat2 ambil ostematrix sebelum tidur ye....

Itulah pengalaman yang paling lucu dalam tahun ni. Harap2 kami takkan tersalah majlis lagi....

Selamat malam semua...

I love Shaklee!!!!





BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN
PRODUK BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF
 012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM)
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE
EMAIL:- nursimatun@gmail.com

0 comments:

Post a Comment