.

Thursday, 22 May 2014

Kesilapan Ketika Berdiet Yang Menyebabkan Anda Tak Kurus-kurus!!!!




Assalamualaikum.... Selamat pagi ceria......

Pagi ni saya nak kongsikan tips & punca2 kenapa kita selalu gagal dalam berdiet. Ramai di kalangan kita yang mempunyai berat badan berlebihan teringin untuk kurus tetapi yang selalu menjadi masalah ialah diet yang di amalkan tidak memberi kesan langsung!!!

Antara kesilapan ketika berdiet ialah:-

1. Mengelak dari mengambil sarapan pagi~ Sarapan pagi merupakan elemen penting dalam diet seharian kita. Jika kita mengelak dari mengambil sarapan pagi semata-mata untuk kurus, ia adalah satu kesilapan yang besar!!. Sarapan pagi merupakan pembekal tenaga yang sangat penting untuk tubuh badan kita. Jadi, makanlah walaupun hanya sedikit. Kerana ia amatlah penting.

2. Tidak mengira jumlah kalori makanan~ Sebenarnya setiap makanan yang kita ambil mempunyai nilai kalori tertentu. Nilai kalori inilah sebenarnya yang menentukan jumlah khasiat yang kita ambil. namun, akibat pengambilan kalori yang berlebihan, menjadi punca kenapa kita berdiet tetapi masih tak kurus-kurus!!. Jadi awas!! kira kalori sebelum anda memakan sesuatu makanan!!!

3. Diet yang tidak sihat~ Ini juga merupakan faktor mengapa walaupun kita berdiet tetapi tak kurus-kurus. Diet yang tidak sihat bermaksud dalam diet yang kita amalkan, ia tidak menepati keperluan badan kita. Contohnya seperti kita kurang mengambil serat atau kita abaikan pengambilan buah-buahan di dalam diet seharian. Jadi, tidak mustahil kenapa diet kita itu tidak menjadi!!

4. Memasak makanan kegemaran~ Biasanya jika ada tetamu yang datang bertandang ke rumah, kita akan memasak makanan kegemaran. Saat inilah rosaknya diet kita itu tadi. Kita akan makan bersama tetamu tanpa mengira kalori makanan. Jadi, kalori yang berlebihan inilah akan menyumbangkan pertambahan berat badan kita.

5. Tidak minum air secukupnya~Memang amat-amat sukar untuk kita minum air seperti yang di sarankan terutamanya kaum lelaki. Kuantiti air masak yang di minum adalah terlalu sedikit. Badan kita memerlukan sekurang2nya 2 hingga 3 liter air masak setiap hari. Jadi, kekurangan air akan menyebabkan kalori akan kurang di bakar.

6. Tidak bersenam~ Ia juga merupakan faktor di mana diet kurang berkesan. Rata-rata rakyat Malaysia yang sibuk bekerja memang kurang bersenam & suka memakan makanan ringan. Ini menjadi punca mengapa diet kita tidak berkesan dalam proses menurunkan berat badan.

7. Emosi~Ia juga memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan diet kita. Ada di kalangan kita yang bersedih, akan mengambil makanan berlebihan. Ini adalah kesilapan besar ketika berdiet. Jumlah kalori yang di ambil ketika itu pasti juga sangat besar. Maka, diet seimbang yang di amalkan akan musnah begitu sahaja!!


8. Terlalu bergantung kepada ubat/supplement~ Ramai yang bergantung 100% kepada ubat2an @ supplement yang mereka ambil untuk kurus. Sebenarnya ubat @ supplement ini hanyalah sekadar membantu. Selebihnya kita sendiri yang harus berusaha untuk merealisasikan impian kita

Ini adalah antara kesilapan ketika berdiet yang menyebabkan anda tak kurus-kurus!!. Jadi sebagai langkah untuk mengembalikan semula corak diet yang teratur, kita mestilah semak semula jadual pemakanan kita...

Jangan berputus asa... 
Nak berikhtiar dengan Shaklee???
Jom hubungi saya.... 


BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK
BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF
012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM)
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE
EMAIL:- nursimatun@gmail.com

0 comments:

Post a Comment