Pages

Wednesday 19 August 2015

Aku Hamil?? Biar Betul?? Jom Kenali 10 Tanda Anda Berkemungkinan Hamil



Aku Hamil?? Biar Betul?? Jom Kenali 10 Tanda Anda Berkemungkinan Hamil

Assalamualaikum.. Selamat petang semua...

Sambil santai-santai petang ni, saya nak kongsi dengan anda pengalaman saya hamil. Maafkan saya jika tajuk entri ini ada membuatkan di kalangan pembaca wanita terutamanya isteri terasa hati. Bukanlah niat saya untuk melukakan perasaan isteri-isteri yang masih belum berjaya hamil. Saya sekadar ingin berkongsi sahaja. 

Untuk pengetahuan para pembaca, saya bernikah pada 15 September 2006. Ini bermakna pada 15 September 2015 nanti iaitu pada bulan hadapan adalah ulangtahun pernikahan saya yang ke 9. Alhamdulillah.... Allah masih beri peluang untuk saya merasai nikmat berumahtangga.

Bukan bunting pelamin!!

Bila menyebut tentang nikah, ramai yang teruja nak hamil cepat. Dengan kata lain, bunting pelamin. Namun, saya bukanlah bernasib baik untuk bunting pelamin. Rupa-rupanya untuk hamil ni tak semudah yang kita sangkakan! Ingat buat tu terus jadi ke? Mesti ramai yang kata senang kan? Sebenarnya susah tau!!

Dengan faktor perhubungan jarak jauh, faktor hormon dan macam-macam lagi, ini agak menyukarkan kita untuk cuba hamil dengan cepat.

Akhirnya, rezeki saya untuk hamil datang pada tempoh 3 bulan bernikah. Alhamdulillah. Apa yang ingin saya kongsikan di sini tentang tanda-tanda kita sedang hamil tetapi kebanyakan di antara kita (isteri) tidak menyedari bahawa tanda-tanda itu menunjukkan kita hamil.

Tanda-tanda awal kehamilan

Antara tanda-tanda kehamilan yang saya sendiri lalui ketika hamil ialah:-

1. Buang air kecil dengan kerap.
Setiap kali ke tandas, hanya setitis atau dua titis sahaja yang keluar. Dengan kata lain, kencing tidak lawas.

2. Puting payudara terasa sakit dan berdenyut-denyut.

3. Badan rasa seram sejuk seperti hendak demam

4. Rasa malas nak buat kerja

5. Rasa ingin tidur sepanjang hari

6. Mual atau loya. Dengan kata lain morning sickness.

7. Rembesan air liur melebihi biasa. Kerap rasa nak meludah.

8. Pening atau sakit kepala

9. Sembelit
Boleh lihat penyelesaian masalah sembelit disini

10. Nafsu makan yang membuak-buak

Tanda-tanda ini, hanya nombor 1 hingga 6 sahaja yang pernah saya alami. Selebihnya, hanya berlaku kepada sesetengah orang. Tidak semua orang mengalami tanda-tanda yang sama.

Apabila kita telah disahkan positif hamil, kita haruslah menjaga diri kita lebih dari biasa. Ini kerana, kita sedang membawa satu lagi nyawa di dalam badan kita. 

Bila dah tahu hamil, kenalah tinggalkan perkara-perkara yang sering kita lakukan sebelum itu seperti aktiviti-aktiviti lasak, makan makanan pedas atau tajam dan sebagainya.

Jika berkemampuan, dapatkan set hamil selain dari ubat-ubatan yang di bekalkan oleh doktor. 

Pandai-pandailah menjaga diri dan kandungan. Dapatkan nasihat dari pakar tentang apa yang boleh kita makan, lakukan sepanjang tempoh kehamilan itu. 

Nak tengok video satu video tentang akak kita yang amalkan supplement masa hamil tak?? Cergas sangat tau... Jom kita lihat video di bawah ni..






Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo




**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**



 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:-

NURSIMATUN MD YUSOF WHATSAPP:- 012-3789284 

Shaklee ID :- 1091465 

Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

No comments:

Post a Comment