Pages

Wednesday 12 November 2014

Benarkah Seorang Ayah Yang Menghidap Darah Tinggi Mengambil Garlic Shaklee Menyebabkan Bacaan Darahnya Semakin Tinggi??


Benarkah Seorang Ayah Yang Menghidap Darah Tinggi Mengambil Garlic Shaklee Menyebabkan Bacaan Darahnya Semakin Tinggi??


Assalamualaikum... selamat pagi para pembaca semua... Pagi ini saya terpanggil untuk berkongsi cerita tentang seorang ayah yang dalam dilema kerana menghidap beberapa jenis penyakit. 

Dalam kesibukan saya seharian melayan karenah anak-anak dan melayan para pelanggan, saya mendapat satu panggilan telefon dari seorang ayah yang menyatakan masalahnya yang menghidap gastrik. 

Katanya, beliau ada terbaca hasil tulisan saya mengenai masalah gastrik dan supplemen yang boleh membantunya. Alhamdulillah... sememangnya  Shaklee mempunyai vitamin-vitamin yang boleh membantu masalah yang beliau hadapi. 

Set Membantu Masalah Gastrik ini mengandungi ESP, alfalfa, peppermint ginger, garlic, ostematrix, omega guard dan jika mampu boleh mencuba vivix. 

Apa yang saya di beritahu oleh beliau, beliau juga mengalami masalah tekanan darah tinggi. Beliau juga ada mengambil ubat hospital untuk masalah itu. '

Saya mencadangkan beliau mengambil ESP tetapi beliau menolak. Katanya beliau ingin mencuba pepermint ginger dan saya turut menyarankan garlic sebagai tambahan.

Setelah persetujuan di capai, berlakulah urusan jual beli di antara saya dengan si ayah ini tadi. Saya memberi penerangan yang lanjut mengenai cara pemngambila vitamin-vitamin itu tadi. 

Hendak di jadikan cerita, sehari selepas itu, saya mendapat whatsapp daripada beliau yang mengatakan beliau mengalami pening-pening. Saya membalas pertanyaan tersebut dengan memberitahu itu adalah salah satu healing crisis dan menyuruh beliau meneruskan mengambil vitamin-vitamin tersebut dan meminum lebih banyak air putih. 

Setelah empat hari berlalu, tiba-tiba pada malam itu, saya terdetik untuk bertanya khabar beliau. Ini antara butir bicara antara saya dengan si ayah tersebut:-

Saya: Assalamualaikum encik, macam mana sekarang? Masih pening ke?

Si Ayah: Saya tak boleh makan ubat tu effect jadikan darah tinggi saya naik sampai sekarang ni. Baru check tadi. Sepatutnya orang yang makan ubat hospital tak boleh makan ubat tu. Ada kesan sampingan. Saya dah baca Shaklee punya cara makan ubat tu.

Saya: Encik tak jarakkan masa ke? Encik makan serentak dengan ubat hospital ke? Sememangnya kalau makan ubat hospital perlu jarakkan masanya encik.

Si Ayah: Jarak tapi mengikut Shaklee yang saya baca tak boleh makan ubat hospital sama hari dengan makan ubat Shaklee. Kena selang 2 hari. Ubat darah tinggi saya makan waktu pagi sahaja.

Saya: Vitamin- vitamin Shaklee ni hanya makanan tambahan. Jadi tak perlu jarak sampai 2 hari. Hanya sekadar 3-4 jam sahaja dengan ubat hospital. Kalau yang jarak 2 hari tu biasanya yang buat kemoterapi. lagi pula, garlic ni sama macam bawang putih fresh. Sama macam kita masukkan bawang putih dalam masakan kita. Shaklee tak ada kesan sampingan sebab dia vitamin semulajadi. Tak ada bahan kimia pun dalam vitamin ni.

Inilah sebahagian butir perbualan kami... Sebenarnya masih panjang lagi penerangan yang saya berikan tentang garlic kepada si ayah ini. Saya juga ada meminta beliau memberikan link blog yang beliau baca tentang tidak boleh mengambil vitamin Shaklee dengan ubat hospital itu pada hari yang sama, namun beliau tetap enggan memberikan saya link blog tersebut dengan alasan tidak mahu bergaduh dengan saya...

Para pembaca budiman, Saya tidak akan menyarankan sesuatu yang boleh membahayakan nyawa anda. Seharusnya dalam hal ini, kita meneliti setiap aspek. Bukan menyalahkan produk dan penjual.

Sebagai contoh, jika kita ingin membuat pemeriksaan darah tinggi, jangan setelah kita sarapan, membuat kerja-kerja seharian baru kita periksa. Masa yang sesuai ialah sebaik sahaja kita bangun dari tidur di waktu pagi. Masa fikiran kita tengah tenang, belum fikir tentang hal-hal seharian. 

Aspek lain yang perlu di tekankan ialah pemakanan seharian. Anda kata kita ada tersilap mengambil makanan, kemudian kita membuat pemeriksaan tekanan darah, mungkin bacaannya juga akan semakin semakin meninggi. 

Garlic Shaklee bukan berfungsi menaikkan tekanan darah tinggi malah ia untuk menurunkan tekanan darah. Anda boleh rujuk artikel Achievetruehealth untuk mengetahui khasiat garlic ini. 

Untuk pengetahuan kita bersama, sepatutnya pengambilan vitamin-vitamin ini haruslah di teruskan. Jika baru tempoh kurang dari 3-4 minggu anda sudah mulai merungut tidak mendapat kesan seperti yang diimpikan, maka anda silap. Vitamin Shaklee bukanlah ubat tetapi ia adalah makanan tambahan.

Konsep makanan tambahan Shaklee ini adalah membantu secara semulajadi. Bukannya seperti ubat jika di ambil kita kan terus mendapat kesannya. 

Dalam hal-hal pemakanan Shaklee ini, kami sentiasa merujuk kepada pakar-pakar nutrisi kami. Saya juga ada berjumpa pakar nutrisi Shaklee di cawangan Sri Rampai, Kuala Lumpur.

Akhir kata, kita perlu meneliti semua aspek sebelum meletakkan kesalahan itu pada satu pihak sahaja..

Wallahualam.


**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM:- 012-3789284 FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE EMAIL:- nursimatun@gmail.com Shaklee ID :- 1091465 Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

38 comments:

  1. Saya amalkan esp alhamdulillah gastrik sudah tiada sampai sekarang.

    Jom Lawat Blog Saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak... syukur dan seronok saya mendengarnya...

      Delete
  2. Bawang putih dah memang sinonim dengan pelbagai khasiat untuk kesihatan!
    Jemput baca>

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya betul tu sis. kalau ibu bapa kita, dulu2 diorang bakar dan makan begitu saje kan...

      Delete
  3. Ehh, satu tablet garlic complex shakkee bersamaan dengan 2 ulas bawang putih tau. Kalau boleh telan 2ulas bawang putih setiap hari i salute you..!

    BAWANG PUTIH DALAM BOTOL COMEL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Garlic shaklee memang terbaik kan... Sesuai untuk mereka yang ada darah tinggi dan nak atasi masalah gastrik. khasiatnya memang banyak...

      Delete
  4. makan secara konsisten baru boleh tahu samaada itu berkesan untuk kita atau tidak..pada saya, ESP sangat membantu saya yang ada masalah gastrik..

    makanan tambahan untuk ibu hamil

    ReplyDelete
    Replies
    1. ESP , peppermint ginger semua tu boleh utk gastrik. kalau nk yang paling top, try vivix juga. tak gitu? hihihi

      Delete
  5. Lepas saya amalkan ESP gastrik terus hilang.. bila demam telan je 2 biji Garlic sebagai ganti antibiotik. Alhamdulillah keluarga saya dah bebas dari ubat klinik...

    Rahsia Anak Jarang Sakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. seronok saya dengar... tapi itulah yang saya jadi hairan, kenapa ada orang cakap tak boleh makan garlic ni kalau ade darah tinggi... padahal garlic lah yang akan membantu menurunkan tekanan darah tinggi tu...

      Delete
  6. alhamdulillah..tiada lg masalah gastrik lepas minum esp setiap pagi...
    hihi..rasa xlengkap breakfast pagi2 klau xminum esp..

    Cara Atasi Penyakit Tonsil

    ReplyDelete
    Replies
    1. ESP memang terbaik tetapi yang lain pun tak kurang hebatnya kan? hihihi

      Delete
  7. Saya nk kgsikan 1 Cerita bkaitan healing crisis..arwah abah saya Hadapi kncing manis, dia ad.amik.ubat herba, Tpi Bkn shaklee.. Tpi konsepnya Sm. Mcm shaklee, supplement yg berasaskan alami, jadi, bila.kita amik supplement alami dlm masa smnggu pemakanan Mmg Akan alami healing crisis ni, klu yg Penat Maka akan bertmbah2 Penat.. Sbb dia nak kluarkan smua sakit2 , ksan yg ad dlm bdan tu.. Tpi bila teruskan pengambilan, Alhamdulillah.. Smakin Ok..
    APA ITU SIRAP AJAIB??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis. yang penting kena konsisten... kalau tidak macam mana kita nak tahu kesannya kan... kenalah sabar sebab supplemen bertindak secara semulajadi...

      Delete
  8. Dulu pernah alami gastrik teruk, sampai muntah2...skrng alhamdulillah..dh pulih..lepas amalkan esp. ;)

    ReplyDelete
  9. Mungkin jgak healing crisis, ibu saya pun amalkan produk shaklee. Mula-mula ambil pun dia ada pening2 tp beberapa hari kmudian, dia dh ok. Lgpun smua produk natural ingredient. Tak perlu bimbang as long kita ikut guideline.

    ReplyDelete
  10. Gastrik ni kalau xtahan boleh sampai pengsan kn? Alhamdulillah shaklee byk membantu, ramai jgk yg dapat kawal gastrik dengaan shaklee

    Jemput baca: RAWATAN ASLI PUTIHKAN KETIAK YANG BERKARAT DENGAN BERKESAN

    ReplyDelete
  11. Pengambilan vitamin paling perlu diteruskan sehingga 3 bulan barulah kota boleh kata samada ianya berkeaan ataupun tidak. Tapi saya yakin produk shaklee sememangbya berkesan!

    http://anakummicomel.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Sejak amalkan ostematrix secara consistent, jarang ibu saya diserang gastrict.. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah..seronok sgt bila ayah or mak kita sihat.suppliment shaklee memang membantu.

    ReplyDelete
  14. Bawang putih banyak digunakan dalam masakan makanan Cina. Kaum Cina sangat suka dengan bawang putih. Selain bau bawang yang wangi, bawang putih mempunyai khasiatnya tersendiri seperti di dalam entri diatas. Selain Bawang Putih (Garlic) Vivix juga dapat membantu menurunkan darah tinggi. Jom tambah ilmu dengan blog di Aju@VitaSyopz Tonic Ajaib Vivix Shaklee

    ReplyDelete
  15. Bawang putih memang banyak khasiatnya. Bapak zoe..sebiji bawang putih tu,dia bakar je bagi klua wangi sket.lepas tu dia mkn camtu je..Lebih-lebih lagi musim hujan ni memang slalu la dia buat.tp zoe prefer tablet garlic lah ye..hehe


    kawal paras gula dalam darah pesakit kencing manis

    ReplyDelete
  16. Pemahaman yang mendalam tentang tugas suplement sangat penting.. agar tidak timbul pelbagai masalah... suplement bukan ubat,.. suplement adalah suatu alat bantuan..

    ReplyDelete
  17. Ya saya setuju vitamin bukannya ubat. Kena amal, konsisten dan yang paling kena positif. Kalau tak, makan apa pun tak jadi. Bagus ayah ni berkongsi dan share pendapat. Senang kita nak guide juga :)

    ReplyDelete
  18. Dulu sebelum kenal shaklee abang akk selalu mengantuk, duduk atas kerusi pun boleh terlelap...orang kata kalau selalu mengantuk ada kolestrol tinggi tapi selepas amalkan esp dan lecithin sekarang tidur siang hari pun dah kurang tak macam dulu.

    ReplyDelete
  19. mungkin juga pakcik itu sedang mengalami healing krisis.. tetapi apa pun eps dan alfalfa sangat membantu saya dalam menangani masalah gastrik..

    BAGAIMANA MAHU KURUS DAN DIET DENGAN JAYANYA

    ReplyDelete
  20. Stress di tempat kerja pun boleh mengakibatkan darah tinggi.

    ReplyDelete
  21. dulu sue pengidap gastrik yg teruk.smpai muntah darah.smpai admit msk camera...fuhhh ngeri.syg nyer masa tu xknl shaklee lgi...jenuh jgak lah mkn ubt gastrik.thn lps mula ambik esp masa dlm pntg...bru perasan semenjak tu gastrik dah xde.

    Tips jimat duit berbelanja di pasar raya

    ReplyDelete
  22. kadang-kadang orang fikir hanya dengan amik vitamin boleh rawat terus je sakit dia, juga kadang-kadang mungkin sebab mereka ada mengambil makanan tertentu yg menyebabkan sakit bertambah buruk, pendek kata kena tengok pelbagai segi, bukan hanya bertindak dengan rasa sahaja

    ReplyDelete
  23. Kebanyakan individu beranggapan bahawa mengambil suppliment terus nampak kesan walhak suppliment bukanlah ubat terus sembuh penyakit, ianya merupakan makanan tambahan untuk membantu menjaga kesihatan dengan baik. Bila mencuba dan mengamalkan shaklee baru mula jatuh cinta seperti saya jatuh cinta pada set menyusu :)

    http://cahayaummurizqi.blogspot.com/search/label/breastfeeding

    ReplyDelete
  24. Ini yg kdg2 menjadi salah faham ramai, menganggap supplemen utk bertindak seperti ubat. Byk aspek lain juga perlu diambil kira. Kdg2 dgn ubat antihypertensive itu sendiri pun ada rebound hypertension, sbb itu perlu sentiasa appointment rujukan doktor

    ReplyDelete
  25. Memang betul tu kak Tun, ramai yang salah anggap supplement sama macam ubat. Kena fahami konsep supplement yang sebenarnya. Jika kita tidak sabar dan nak sembuh dengan serta merta walaupun dah hampir 20 tahun sakit, ianya pasti tidak boleh berlaku.
    Makanan Penyebab Batuk dan Selsema Anak

    ReplyDelete
  26. baru saya tahu bawang putih banyak khasiatnya,boleh menurunkan darah tinggi boleh saya nak beli bagi untuk mak sebab darah tinggi yer bacaan over 180.

    ReplyDelete
  27. Suplemen bukan ubat..bukannya makan suplemen terus baik. Nama pun suplemen kan...makanan tambahan..tambah mana yg lompong. Tapi jika diambil secara konsisten, inshaAllah kesihatan terjaga

    ReplyDelete
  28. kita dah hidup berpuluh-puluh tahun, dah makan macam-macam jenis, dah kumpul banyak toksik dan racun dalam tubuh tanpa kita sedar, dah kumpul banyak kolesterol juga dalam salur darah, takkan boleh buang semua tu dalam masa 3 4 hari sahaja, of course lah ambil masa.. kene banyak bersabar, dan kene faham betul2 bagaimana suplemen berfungsi. InsyaAllah

    PUAS HATI AKHIRNYA JUMPA CARA ATASI RESDUNG ANAK

    ReplyDelete
  29. sebab itu penting untuk sentiasa rujuk kembali dengan orang yang menjual produk tu bila ada sebarang masalah/soalan. bagi customer yang baru nak cuba2 produk shaklee, jangan lupa dapatkan produk shaklee daripada kak tun ni. servis baekk punya.

    Ketahui 10 Sebab Kenapa Patut Beri Anak Meal Shakes

    ReplyDelete