Assalamualaikum semua... hai...
Dah beberapa hari sebenarnya Kak Tun nak buat apam susu ni.. Tapi asyik bertangguh je. Keinginan membuak-buak lepas tengok kawan-kawan facebook asyik share resepi je.
Tambahan pula, anak dara Kak Tun ada beritahu yang sekolah agamanya ada buat jamuan akhir tahun. Nak tak nak terpaksalah rajinkan diri juga.
Resepi apam susu ni Kak Tun dapat dari facebook tapi dah lupa nama facebook tu. Tak mengapalah, yang penting, hasilnya memuaskan. Betul tak?
Jom kita lihat bahan-bahan untuk membuat apam susu ini...
RESEPI APAM SUSU SEDAP
Bahan-bahannya:-
4 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 sudu besar ovalette
4 sudu besar susu pekat manis
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar perisa vanila
Pewarna mengikut citarasa (Kak Tun guna hijau dan merah)
Cara membuatnya:-
Putar telur sehingga kembang. Kemudian masukkan gula, diikuti ovalette dan susu pekat. Setelah itu putar lagi sehingga sebati. Masukkan pula perisa vanila dan akhir sekali masukkan tepung gandum yang di ayak bersama baking powder. Putar sehingga sebati dan asingkan kepada 3 bahagian. 2 bahagian letakkan pewarna dan 1 bahagian biarkan warna asal. Lapiskan satu persatu atau mengikut kreativiti masing-masing. Sementara itu, didihkan air di dalam periuk kukusan. Setelah mendidih, masukkan adunan yang telah siap di lapis tadi dan kukus selama 40 minit. Setelah masak, sejukkan dan potong untuk dihidangkan...
Mudah kan?
Tak sampai satu jam pun dah boleh siap. Resepi yang sangat ringkas dan mudah di sediakan.
Bagi anda yang minat masuk ke dapur, boleh lah mencuba resepi ini ya...
Selamat mencuba!
Resepi-resepi lain yang mungkin anda minati:-
Sedapnya..boleh buat sarapan pagi..hajat dihati nak buat apam susu jugak harini..hehe
ReplyDeleteResepi Cheeskut Sedap Hingga Menjilat Jari
Sila buat rose... hihihi
DeleteOh sedapnya.. kt memang suka makan yang gebu. Hehe
ReplyDeleteGebu segebu taunnya... hihihi
DeleteApam susu sedap tun penuh dengan warna warni...ceria sangat.
ReplyDeleteWow, memang menduga kelaparan perut ku ini. Sedapnya nampak kak Tun, kena cuba resepi ni.
ReplyDeleteJom Dapatkan Hadiah Comel Ini
Wahh..seriouse shida bgtau.shida tak pandai bab2 nk buat kek or kuih2.. kalau lauk2 makan nasi pandai la..
ReplyDeletemesti cuba..pelbagaikan makanan itk anak n suami
Sdapnya kak tun.. Kite pun x panda buat kuih muih ni.. Huhu
ReplyDeleteTips & Info >>> PNEUMOKOKAL ancam kanak-kanak
Sedapnya nampak...rasa macam nak cuba jugalah nanti
ReplyDeletenampak sedapppp....
ReplyDeletesaya memang fail kalo buat kuih-kuih ni...kena p berguru ngan kak tun nampaknya...
bahayanya HB rendah
Sedapnay..insya Allah hujung mggu ni leh try...
ReplyDeleteInch Loss Plan
Yeayyy sedapnya
ReplyDeleteInsyaallah nak try resepi yg ni
Tqsm for sharing. Gebu nya
ReplyDeleteresepi hati ayam goreng kicap
sedapnye..teringin nak buat kuih kek tapi kat rumah sewa nie tak ada pengukus..pendamkan je lah hajat..
ReplyDeleteNAK CANTIK, NAK SIHAT MEH BACA SINI
pernah juga tengok orang post kat wall fb,rasa geram je tengok..tq kak tun,lepas ni boleh buat
ReplyDeleteHmm Gebu.Tambah esp ka kak tun..hihi
ReplyDeleteJommSIhatDanCantik -> VITAMIN HAMIL TERBAIK
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDiri ini hanya tau makan je...pos sket kak tun...haha
ReplyDeleteWahhhh..sedapnye...senang je bhn2 dia..nk try la lepas ni..tq for sharing..
ReplyDeleteAduh k.tun ni selalu sangat buat ida terliur...bak mai sikit.
ReplyDeleteJemput baca: Bagaimana Kekal Slim Selepas Bersalin Agar Baju-Baju Lama Muat Dipakai
Wah.. Sng je ke.. Blh Cuba esok.. Alhamdulillah.. Tq kak tun share..
ReplyDeleteAyam goreng berempah buatku tak tidur malam
Sedapnyaa... tapi saya tak rajin nak buat.. hehehe
ReplyDeleteTak penah lagi buat yg versi susu ni..tp resipi ni femes kat grup dunia masakan jalilah jj
ReplyDeleteSAKIT TEKAK TAPI TAKNAK JUMPA DOKTOR
nak buat sekarang juga.. harap menjadi la apam susu ni.. first trial ni..
ReplyDeletenak bawa g jamuan tadika haikal esok..
Mm sedapnyer . ..terasa nak buat jugakla....pasti sedap....
ReplyDeletebahaya kencing manis yang menakutkan yang boleh meragut nyawa anda kapan sahaja
Aduh sedapnya kak Tun.. Comeiii.. Mudah je ek nak buat dia..Ingtkan macam susah jek.. Kak Tun just lapis lapis kan je ek stp wrna tu? Curah satu satu then terus masak jela? Tak perlu kacau kan?
ReplyDeleteJemput singgah >> Tips Atasi Stretchmark Selepas Bersalin Sebelum Suami 'Buka Mulut' Tak Licin Seperti Dulu
Mak pun suka wat apam ni masa kitorang sekolah dulu-dulu
ReplyDeleteTips Penyusuan Untuk Ibu Bekerja
Simple dan cepat.. Tengok pun sudah terliur.
ReplyDeleteTun, tak amik order apam susu ni ke..? ;p
ReplyDeleteposkan rumah mak jemah satu kak tun:)
ReplyDeleteSedap nya... gebu pulak tuu... dah lame xmakan apam...
ReplyDelete