Pages

Friday 3 October 2014

Tahniah! Anda Berjaya Memenangi Wang Tunai....








Tahniah! Anda telah berjaya memenangi wang tunai

Pernah dapat sms seperti ini???

Pagi tadi seawal jam 8.15 Kak Tun dah bergegas ke Pusat Servis Perodua di Keramat. Maklumlah temujanji pada jam 8.30. Sebaik sahaja tiba di sana, kesemua pekerja baru sahaja mengikuti sesi "briefing pagi". Jadi, maknanya Kak Tun terpaksalah menunggu agak lama dari jangkaan.

Dalam tempoh masa menunggu, sempat juga Kak Tun meninjau telefon bimbit untuk menghilangkan bosan. Tengah membelek-belek tu, terpandang satu sms masuk dari nombor yang tidak di kenali. 

Wow, menang duit Rm19,000!!! Ada yang percaya tak??

Syukur alhamdulillah kerana saya bukanlah jenis orang yang mudah percaya dan saya juga bukan mata duitan tetapi sebenarnya sudah ramai yang menjadi mangsa sindiket penipuan seperti ini.


Jika anda dapat lihat di dalam gambar di atas, terdapat 2 nombor telefon yang berbeza. Sms ini telah sampai kepada Kak Tun bukan melalui nombor telefon yang biasa Kak Tun gunakan tetapi nombor telefon peribadi yang hanya orang-orang tertentu sahaja mengetahuinya. 

Kerap kali ternampak kawan-kawan di facebook memuat naik gambar nombor telefon seperti ini. Entah dari mana mereka ini mendapat nombor telefon kita. 

Pesanan Kak Tun kepada anda di luar sana. Jangan mudah terpedaya dengan sms seperti ini. Masakan kita boleh memnangi hadiah wang tunai, jika kita tidak pernah sekali pun menyertai mana-mana peraduan. Penyangak-penyangak seperti ini akan sedaya upaya memainkan peranan mereka untuk mendapatkan duit dengan cara mudah. 

Biarlah kita mendapat duit dengan cara yang halal. Ini kerana dengan hasil titik peluh kita itulah yang akan kita berikan kepada keluarga. Ia akan menjadi darah daging kita nanti. Sekiranya ia datang dari sumber yang haram, maka di akhirat kelak, kita akan di persoalkan dan di hitung di hadapan Allah SWT.. Carilah rezeki yang halal..

Jangan lupa ye semua pembaca yang Kak Tun kasihi... jangan mudah terpengaruh dengan perkara-perkara seperti ini.. 

Wallahualam..








No comments:

Post a Comment