Pages

Monday 1 September 2014

Pertandingan Memasak Antara BAKAT Angkatan Tentera Malaysia



Rasanya masih belum terlewat untuk saya kongsikan cerita Pertandingan Memasak yang saya sertai ini.

Inilah pengalaman saya yang pertama selama 8 tahun menjadi ahli BAKAT Laut. Seronok sangat. Menang-kalah sudah adat. Saya tak ambil kisah sangat tentang itu. Yang penting, pengalamannya tidak dapat di jual beli. 

Bermula dengan hanya melihat demonstrasi masakan di MINDEF, Kuala Lumpur, terus saya di bawa oleh Datin Nor ke Pangkalan TLDM Lumut untuk sama-sama belajar dan mengajar kawan-kawan BAKAT di sana menu yang akan di masak dalam pertandingan iaitu NASI TUMPANG, BUAH MELAKA PANDAN & BUAH MELAKA PULUT HITAM.


Inilah Nasi Tumpang. Menu ini adalah menu tradisional dari Negeri kelantan, negeri kelahiran saya :)




Isi di dalamnya adalah seperti ini:-



Nasinya di masak sehingga hancur dan seakan-akan nasi impit. Di masukkan secara berselang -seli dengan lauk pauk seperti serunding ikan, telur dadar dan gulai kuning udang atau ikan tongkol. 


Inilah barisan tulang belakang yang turut bertungkus-lumus membantu saya dan rakan-rakan. Dari kiri ialah, Datin Nor, Puan Sri, Kak Rohaya, Kak Norbaiti, saya, Datin Fida dan Datin Farah.

Sewaktu menyediakan hidangan...




Melayan Puan Sri ....




Setelah bertungkus-lumus selama 1 jam 30 minit, akhirnya siaplah hidangan kami. Walaupun kami telah berpuas hati dengan menu yang di hasilkan, kami hanya berjaya menduduki tempat ketiga sahaja.

Namun begitu kami tetap bersyukur ke hadrat Ilahi. Mungkin akan datang rezeki kami akan lebih dari kali ini.



Taraaaaaaaaaa... Inilah hadiahnya.... Cantikkan??


Alhamdulillah, semuanya telah berakhir dengan jayanya. Saya memperoleh satu pengalaman baru dan mendapat kenalan yang baru. Ia sungguh bermakna dalam hidup saya. Terima kasih Allah...












1 comment:

  1. kelasss kak tun.....nampak best jer ....pasti sedap kak tun masak kan..??

    http://bit.ly/1CiBWvt

    ReplyDelete