Pages

Thursday 18 September 2014

Pelapis Skuad Renang Malaysia


vitaminterbaikku.blogspot.com



Ini kisah kami petang tadi...

Terkejar-kejar Kak Tun nak siapkan entri semata-mata nak bawa anak pergi mandi kolam kat Kompleks Renang Kuala Lumpur yang terletak di Cheras ni.

Pada awalnya suami tak merancang pun nak bawa kami anak-beranak ke sana. Jadi, kami lepak-lepak sahaja di rumah. tiba-tiba suami Kak Tun cakap nak beli Swimming Suit. 

Ah, sudah. Nak buat ape pula ni? Senyap-senyap aje dia keluar. Rupanya dia ke pasaraya untuk membeli swimming suit idamannya tu.
Dah di belinya juga untuk anak-anak. Apa lagi... lepas solat asar, kami pun berangkatlah ke Cheras.



Perjalanan dari rumah kami ke sini hanyalah lebih kurang 20-25 minit sahaja. Itu pun jika tidak mengalami kesesakan lalu lintas. Sesekali bawa anak berenang ni best juga. Tambahan sekarang ni musim cuti sekolah. Kebosanan mereka di rumah kan?

Bayaran yang di kenakan hanyalah RM2 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Boleh mandi sepuas-puasnya. Dari pagi sampailah jam 9 malam. Tiada siapa pun nak larang. Hihihi...





Comel-comel kan anak Kak Tun ni.. Harap-harap pandailah berenang macam Kak Tun dan ayahnya juga. Ops!! Kak Tun pandai berenang ke?
Jangan tak tahu... Johan Kampung tau! Hihihi...






Kepada kawan-kawan yang tak tahu nak bawa anak ke mana-mana sempena musim cuti sekolah ni, boleh lah bawa ke Kompleks Renang KL ni. Harga bayaran teramatlah murah.

Sekian dahulu dari Kak Tun.. Semoga bertemu lagi.. Daaaa....

P/s: Baik bawa anak berenang dari bawa anak ke shopping kompleks...

Jangan marah aaa.... :)


















No comments:

Post a Comment