Pages

Friday 12 September 2014

Adab Masuk Rumah Baru





Assalamualaikum semua pembaca budiman...

Dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda adab masuk rumah baru serta pengalaman-pengalaman saya yang sering berpindah rumah.

Ramai dikalangan kita masyarakat pada hari ini, jika ingin menduduki rumah baru mengadakan kenduri dan bacaan doa selamat. Alhamdulillah. Ia sangat bagus kerana setiap rumah yang belum di duduki manusia adakalanya terlebih dahulu di duduki oleh makhluk lain. Jadi, sedikit sebanyak dengan bacaan ayat-ayat suci al Quran, ia dapat menjauhkan makhluk-makhluk tersebut dari mengganggu kita.

Antara adab yang boleh di amalkan sebelum menduduki rumah baru ialah:-

1. Membaca doa memasuki rumah





2. Solat berjemaah dan azan

~Eloklah di lakukan di kalangan ahli keluarga. Mulai dengan melaungkan azan sebelum melakukan solat fardu. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama di kosongkan ( tanpa penghuni) ianya akan di masuki sejenis makhluk halus (jin yang di kenali sebagai Al- Ammar ) yang suka tinggal di rumah tidak berpenghuni.


3. Membaca surah al Baqarah


~Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah". 


4. Banyakkan solat dan membaca al Quran. 

~Berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya seringmembaca al Quran di setiap bilik di rumah yang baru saya diami. Biasanya saya akan membaca surah yaasin dan ayat kursi pada setiap bilik.


5. Membaca surah yaasin, al fatihah dan al ikhlas

~ Biasanya di amalkan di tujuh malam pertama memasuki rumah baru. Bacakan juga surah al Fatihah sebanyak 1 kali, surah al Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi 7 kali, ayat Kursi 1 kali tetapi di ayat terakhir ayat Kursi itu ulanglah sebanyak 7 kali.

6. Memagar rumah

~ Biasanya memagar rumah ini adalah dengan merenjis air Yaasin di sekeliling rumah

Sumber ini saya perolehi dari  facebook Rahsia Perkahwinan

Wallahualam..





**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease**

 BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK
BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF
012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM)
 FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE
EMAIL:- nursimatun@gmail.com

1 comment:

  1. terima kasih info yg sangat berguna kak....
    jemput berblog walking ke link sy
    http://bit.ly/1tPwn5f

    ReplyDelete