Pages

Friday 29 August 2014

Projek Mengepit Suami


Projek Memikat Suami Shaklee


Projek Mengepit Suami??? 

Membaca tajuk entrinya sahaja sudah mengujakan. Apatah lagi membaca isi kandungannya.. Bukan calang-calang orang mampu melaksanakan projek seperti ini. Hanya yang berjiwa kental sahaja yang pasti akan berjaya! 

Apa pandangan anda setelah melihat foto "berkepit" saya dengan encik suami itu? Cemburu? Dengki? Meluat? Hihihihi... Jangan marah ye... Saya pasti ramai di kalangan kita yang menyimpan kenangan terindah dalam kamus hidup masing-masing.

Siapa yang tidak sayangkan suami bukan? Setiap wanita yang bergelar isteri pasti mengimpikan suami sentiasa di sisi. Kalau boleh masa 24 jam itu hanya untuk dirinya seorang sahaja. Begitu juga dengan saya. Demi merealisasikan Projek Mengepit Suami ini, pelbagai ranjau duri akan saya tempuhi. Doakanlah agar saya berjaya ya kawan-kawan :)

Apa sebenarnya Projek Mengepit Suami ini?
Projek Mengepit Suami ini sebenarnya hasil cetusan idea Nanny Fatihanum dalam group RTI (Road To Italy) . Cetusan idea ini berdasarkan rasa hati yang ingin melihat semua orang berjaya dalam hidup masing-masing. Bagaimana caranya?? Hanya dengan menjalankan bisnes Shaklee dengan bersungguh-sungguh.

Projek Mengepit Suami ini akan berlangsung selama 40 hari 40 malam. Semua perancangan telah di atur dan akan bermula pada 1 September nanti. Semuanya akan di pantau oleh Nanny Fatihanum sendiri. Semoga saya dan kawan-kawan yang lain seramai 67 orang akan berjaya mengharungi cabaran ini.

Matlamat utama Projek Mengepit Suami ini adalah untuk memastikan suami sentiasa dapat bersama-sama dengan kita. Untuk mencapai matlamat itu, sudah semestinya isteri HARUS berpendapatan lumayan bukan? Kalau sekadar berpendapatan empat angka, pasti kita tidak mampu menyuruh suami berhenti bekerja dan berada di rumah bersama kita dan anak-anak.

Jadi, perancangan untuk mengejar pendapatan lima atau enam angka ini haruslah rapi. Mestilah di susuli dengan amalan rohani yang berterusan. Jika sekadar hangat-hangat tahi ayam, sudah tentu matlamat akan semakain samar.

Melihat isteri-isteri yang berjaya dalam bisnes Shaklee ini, membuatkan saya sedikit cemburu. Ops! maaf.. Bukan cemburu yang negatif tetapi cemburu positif yang mana saya pun teringin berjaya seperti mereka. Ramai di kalangan mereka yang berjaya dalam Shaklee ini adalah hasil usaha gigih isteri. Yang mana sekaligus dapat membawa keluarga masing-masing sama-sama berjaya.

Saya begitu teruja melihat gambar mereka yang telah berjaya dalam Shaklee. Hasilnya, mereka dapat berkepit sepanjang masa dengan suami masing-masing. Seperti Presiden Master kita iaitu PM Cery. Alangkah bertuahnya beliau. Menjadi jutawan Shaklee di usia muda!. Bagi mereka yang terlepas peluang membaca kisah kejayaan beliau, di sini saya paparkan beberapa keping gambar beliau yang di siarkan di MAJALAH HARMONI keluaran 1-5 September 2014.




Sungguh menjadi inspirasi kepada diri saya. Upline-upline saya juga tidak kurang hebatnya... Nanny Hanum, Nanny Maria, Nanny Hanim & Mommy Wawa sangat membantu saya. In Shaa Allah kita akan sama-sama menjayakan Projek Mengepit Suami ini.

Dalam diri ini sudah ada angan-angan. Ingin membawa suami melancong ke seluruh dunia. Biar dia tahu bahawa dengan bisnes Shaklee ini semua boleh menjadi nyata. Bukan sekadar impian semata-mata. Saya ingin suami saya berhenti bekerja supaya saya boleh bersamanya sentiasa!!

Jom warga RTI... Kuatkan semangat, tabahkan hati. Kita pasti boleh!!!











3 comments:

  1. kepit jgn tak kepit..hehe.. all the best dear..

    Rambut Gugur? Jom baca --> ATASI MASALAH KEGUGURAN RAMBUT

    ReplyDelete
  2. gud luck dear sis...=)
    jom jadi jutawan..dan jadikan beliau push factor...
    Healthy'beautieshoppe: MamaFaiz Jutawan Shaklee

    ReplyDelete
  3. hihih dgn shaklee semua projek pun jalan :)

    ReplyDelete