Pages

Tuesday 8 July 2014

Tips Berpuasa Ibu Mengandung Di bulan Ramadhan





Assalamualaikum... hai semua...

Alhamdulillah kita dah masuk hari ke 10 puasa Ramadhan.. Sekejap sahaja masa yang berlalu... Tinggal lagi 20 hari sahaja untuk kita menjalani ibadah puasa yang penuh keberkatan ini.

Sebenarnya tidak mudah bagi seorang wanita yang hamil untuk melalui saat2 berpuasa terutamanya bagi mereka yang pertama kali melaluinya.

Namun begitu, bagi saya, saat berpuasa ketika hamil adalah saat yang terindah. Saya berjaya laluinya tanpa sebarang masalah. Puasa sebulan dapat saya selesaikan. 

Di sini saya ingin kongsikan tips berpuasa ibu mengandung dengan anda semua melalui pembacaan saya & juga melalui pengalaman saya sendiri.

Antara tips mudah yang boleh kita amalkan ialah:-

1. Rancang jadual anda sepanjang hari berpuasa. Perancangan amat di perlukan agar kita kita melakukan aktiviti yang boleh memudaratkan diri & juga kandungan kita

2. Elakkan dari membawa @ mengangkat barang2 yang berat

3. Kurangkan kerja2 rumah yang berat serta meletihkan

4. Sentiasa bertenang & mengelakkan diri dari stress @ tekanan

5. Mengambil makanan yang banyak protein seperti daging & telur

6. Minum air secukupnya untuk mengelakkan berlakunya dehidrasi & akan membahayakan bayi di dalam kandungan

7. Makan makanan yang mengandungi tenaga yang beransur-ansur seperti kurma & kekacang

8. Elakkan makanan yang mengandungi gula kerana akan menyebabkan kandungan gula darah naik secara mendadak


Bagi wanita yang di nasihatkan oleh doktor agar tidak berpuasa, maka eloklah anda mengikut nasihat itu demi keselamatan anda & juga bayi di dalam kandungan. Anda boleh mengqhada & membayar fidyah untuk tempoh masa hari yang anda tinggalkan. (Sila rujuk ustaz@ustazah yang lebih arif untuk membuat kiraan gantian)















**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,terat, cure or prevent any disease** BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NURSIMATUN MD YUSOF 012-3789284 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM) FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE EMAIL:- nursimatun@gmail.com

No comments:

Post a Comment