.

Wednesday 3 December 2014

Projek Cuti Sekolah Bersama Anak-anak


Assalamualaikum... salam sejahtera semua...

Cuti-cuti sekolah begini pasti ramai yang bosan di rumah sahaja kan? Hendak keluar, cuaca pula tidak mengizinkan. 

Maka dengan itu, kita boleh jalankan aktiviti "indoor" bersama anak-anak... Dengan cara ini, kita bukan sahaja dapat memupuk nilai kekeluargaan malah kasih sayang juga semakin erat.. Betul tak?

Kali ini, Kak Tun bersama anak-anak membuat projek "kek mentega". Sebenarnya dah lama mereka request untuk tolong Kak Tun buat kek tapi biasalah, tidak berkesempatan.

Inilah dua orang anakanda yang sangat rajin menolong

Kak Long dan adiknya memang sangat rajin menolong ibu di rumah... Tengok tu, tak sempat-sempat nak berbaju, dia dah sibuk nak putar adunan kek..hihihi...

Adunan yang telah siap di lapiskan

Sesi membakar bermula...


Inilah hasilnya setelah 50 minit di bakar..


Best kan dapat makan hasil air tangan anak-anak ni... Lagi bahagia bila mereka gembira..

Syukur sangat di kurniakan anak-anak yang baik, rajin, bijak dan sihat..

Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati keluarga kami sehingga ke jannah..

Amin....amin...amin...
















BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM:- 012-3789284 FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE EMAIL:- nursimatun@gmail.com Shaklee ID :- 1091465 Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

15 comments:

  1. Memang seronok bila anak-anak dah pandai menolong kan kak?
    Arif pun dah pandai tolong ila buat kek sekarang. Mudah-mudahan sikap rajin menolongnya kekal sampai dewasa nanti. Amin.
    http://raikankasih.blogspot.com/2014/10/belajar-buat-link-di-komen-blog.html?m=0

    ReplyDelete
  2. wow..seronoknya kak tun, boleh buat kek sama-sama ngan anak-anak. Lepas siap buat kek boleh makan sama-sama, memang best kan, boleh mengeratkan lagi kasih sayang sesama anggota keluarga.

    Jom baca Adakah Anda Cukup Mengambil Vitamin E

    ReplyDelete
  3. Alahai anak-anak...tu lah dia bila cuti sekolah...nati besar pandai buat kek sendiri...

    promosi akhir tahun bulan disember 2014

    ReplyDelete
  4. Bahagia rasanya boleh buat kek dengan anak2..

    JommSihatDanCantik -> SET PENJAGAAN WAJAH BEBAS BAHAN KIMIA

    ReplyDelete
  5. seronoknya tengok......
    yang rajin tolong mama dia di dapur ialah anak perempuan...yang dua lagi lelaki pula sibuk dok tanya bila boleh makan...

    KUATKAN ANTIBODI SECARA SEMULAJADI

    ReplyDelete
  6. Wahh cantik tekstur kek kak tunn..happy budak2 dpt join buat kek sama2 kan.

    ReplyDelete
  7. Wahhhh..sedapnye...share resepi

    ReplyDelete
  8. Teringin lak nak makan kek..mcm dah lama tak mkn kek..

    Hamil dan Berpantang

    ReplyDelete
  9. esemen...skrol punya skrol kot ada resepi hahaha tapi aktiviti ni mmg sesuai dibuat bersama anak-anak

    ReplyDelete
  10. Comel anak-anak Tun. Sejuk perut ibu mengandung. Resepi please Tun. Sedap aja..
    Jom santai di blog Aju@VitaSyopz pula Promosi Akhir Tahun Sr Vitamin C dan Vitamin E Plus

    ReplyDelete
  11. Kaktun.. the color mencuri hati betulll. Menarikss!

    ReplyDelete
  12. tak reti nak buat jadi bunga cenggitu..nak kena berguru dgn ktun nie

    CARA BERHENTI MEROKOK

    ReplyDelete
  13. Best yer tun dapat kek hasil air tgn sdri.rasa puas jer bila dpt mkn yg kita buat sdri.

    ReplyDelete
  14. Nak jadi anak kak tun jap boleh.. Nak makan kek je
    Bangkit Berniaga

    ReplyDelete