Assalamualaikum semua...
Agak lama Kak Tun tidak berkongsi resepi dengan anda. Hujung minggu begini, masa terluang agak banyak. Masak pun boleh lah buat yang sedap-sedap sikit kan?
Sebenarnya Kak Tun teringat masa jamuan Hari keluarga di Sandakan, Sabah pada tahun 2012. Masa tu jamuan di buat di hotel. Ada menu kerabu kacang botol ni tetapi dah tentu chef hotel masak lagi sedap kan... hihihi....
Kak Tun memang suka sangat makan kacang botol ni. Kadang-kadang cicah bersama budu sahaja. Biasalah orang Kelantan, budu tu tak sah kalau tak ada... hihihi...
Dalam entri hari ini, Kak Tun nak kongsikan dengan anda satu resepi mudah dan sedap.
Jom kita lihat bahan-bahan untuk menyediakan RESEPI KERABU KACANG BOTOL INI..
Kerabu Kacang Botol Bersama Isi Ayam
Bahan-bahannya:-
5-6 batang kacang botol muda( dihiris nipis)
3-4 ulas bawang merah (dimayang)
Sebiji cili merah (dihiris nipis)
3-4 biji cili padi ( di hiris dan jika mahukan lebih pedas, boleh tambah)
Segenggam kelapa parut yang di sangai ( digoreng tanpa minyak)
Isi ayam (Kak Tun ambil bahagian dadanya. Di goreng hingga masak. Kalau nak panggang atau bakar pun boleh saja)
Sebiji limau nipis ( dipotong dan di perah airnya)
Garam dan gula secukup rasa
Cara penyediaan:-
Masukkan semua bahan di atas di dalam bekas yang agak besar. Gaulkan biar sekata. Siap dihidangkan.
Mudah tak???
Sangat-sangat mudah kan?
Cepat je siap. terus boleh makan..
Kalau nak rasa sedap atau tak, boleh lah cuba di rumah nanti...
Selamat mencuba!
Sedapnya kerabu kacang botol nie....mak selalu buat masa saya sekolah dulu. Sekarabg dah berkeluarga jadi jarang makan resepi ni. Terima kasih kak Tun kongsi resepi ini.
ReplyDeleteGagal Bendung gejala Buli Di Kalangan Pelajar Sekolah
Sama2 nila...
DeleteKak siti pun suka kacang botol....tapi sejak suami tak makan nasi ni nak beli ulam pun malas dah...tak boleh nak berebut ulam.
ReplyDeleteWah, abg kak siti diet ye.. xpeah, balik kmpg mesti nk makan dgn family kan... masa tu boleh cuba buat ..
DeleteSedapnya resipi tu kak tun..!!! Saya kalau bab-bab kerabu nie memang nombor 1. Favourite nie.. ^_^*
ReplyDeleteJommSihatDanCantik -> PROSES PERJALANAN PENUAAN KULIT MANUSIA
Sekepala kita rupanya... hihi
DeleteWow, sedapnya resepi ni. Kat belakang rumah ila memang ada pokok kacang botol, nanti bolehlah cuba resepi ni.
ReplyDeleteBaca Bagaimana Merawat Keputihan Wanita
Cuba jangan x cuba :)
DeleteSaya suka makan ulam camtu jer kacang botol..rangup rasa...kat kampung tanam tepi rumah jer tumbuh menjalar..
ReplyDeleteBelian Secara Online
Betul tu. Pokok ni senang hidup... org2 tua kat kmpg mmg suka tanam kan. kita kat bandar kenalah beli di kedai... huhuhu
DeleteWahhh sedapnya..boleh lah try..kebetulan mmg ada kacang botol dan ayam kt rumah ni..tq k.tun☺
ReplyDeleteJemput baca: Kawal Tahap Gula Kencing Manis Untuk Elak Abah Kena Potong Anggota Kaki
Cepat2 cuba... musim hujan ni kalau kena dengan nasi panas mmg sedap... hihi
Deletesuka ulam kacang botol ni..penah jugak buat kerabu nie....best..tukar2 selera...tq tun..
ReplyDeleteTips Elak Dari Ditipu Peniaga Online
Sesekali tukar selera. Welcome kak zie
DeleteSaya memang ♡♡♡ kerabu.. tak kira la letak ulam apa sekalipun. Nyum3..
ReplyDeleteBagus amalkn ulam2 ni... awet muda kit nanti... hihi
DeleteMama suka sangat makan nasi kerabu tapi mama tak makan budu.. hehehe
ReplyDeleteMakanan yang menurunkan kandungan gula di dalam darah
Takpelah mama, janji kita makan ulam2an. itu yg lebih berkhasiat kan?
DeleteSedapnye kerabu kacang botol ni...favourite nabila ni..hihi
ReplyDeleteMemang sedap. Anak ktun ratah je kerabu ni... nyum nyum nyum
DeleteTerliur sekejap tgk kerabu kak tun ni..nasi kerabu pun i like.. Hehe
ReplyDeleteSuper Mama Jom Kurus >>> Tiada Masa Bukan Alasan 'Super Mama' Untuk Kurus!
Nanti boleh cuba buat tau...
DeleteX pernah lg buat kerabu kacang botol..penah cicah ngan budu atau sambal belacan je
ReplyDeletesirap merah untuk kesihatan
Nanti boleh cuba ye...
DeleteSedap ni kalau ratah macam tu..sihat dan simple.salah 1 makanan yang kurang kalori
ReplyDeleteRESIPI DORAYAKI KEGEMARAN DORAEMON
Aah... memang ratah pun. Nasi dah abis, kak tun ngan anak2 ratah kerabu ni pulak. kikiki
DeleteTak pernah buat lagi ni.Org sini cecah sambal Belacan..hihi
ReplyDeletematang-family-park
Cicah sambal belacan pun sedap juga .. menu sihat kita kan...
DeleteSedapnyaaa.. Saya Suka Sgt kacang ni.. Boleh try la kak tun.. Br tau kata cmpur ayam sedap. Nmpak pun Sdap.. Tq kak share.
ReplyDeleteJANGAN SESEKALI MENGGONCANG BAYI ANDA!!
Resepi kesihatan ini. Bagus untuk orang yang sedang berdiet. Kalori kurang dan kolesterol pun kurang. Hanya sedikit cebisan ayam dan kelapa parut saja. Nanti nak cuba tak pernah pula rasa.
ReplyDeleteresepi yang ringkas. boleh cuba ni. mesti sedap rasanya.
ReplyDeleteVersi ni tak pernah buat..kalo buh kerang selalu buat.tq kak tun share resepi yg simple tp best.
ReplyDeleteMesti cuba ni..suka kerabu
ReplyDeleteayat pape
Wahhh sedap yer kerabu kacang botol, berselera kalau makan nasi tgh panas-panas lagi, tp sy x pernah buat sendiri lagi, tahu makan jer:)
ReplyDeleteSedap... dah lame xmakan... lupe resipi....
ReplyDeletemohon tiru yek resipi nie... hehehehe
Kita suka kerabu manga.. sedapnya masam-masam. Kecur dah lidah. Hehe
ReplyDeletesenang aje...memang suka makan kacang botol,lepas ni bolehla cuba buat
ReplyDelete