.

Saturday 29 November 2014

Cara Kreatif Untuk Menggalakkan Anak Anda Makan Dengan Berselera

Cara Kreatif Untuk Menggalakkan Anak Anda Makan Dengan Berselera

Anak anda enggan makan? Adakah mereka jemu dengan cara makanan dihidangkan?


Susah kan nak bagi mereka berselera makan apa yang kita masak? Ramai ibu bapa mengahadapi situasi sebegini termasuklah saya sendiri. Anak kedua saya sangat susah untuk makan sayur-sayuran. Jika kami makan bersama, dia hanya makan nasi bersama kuah sahaja. Jarang sekali mengambil lauk dan sayur-sayuran.

Setelah membuat carian di google dan membaca beberapa buah buku, saya terjumpa cara untuk meningkatkan  selera makan anak-anak ini. Semoga perkongsian saya ini, dapat membantu kita semua menggalakan anak masing-masing makan dengan berselera.

kita perlukan imaginasi untuk membantu anak-anak makan dengan berselera. Berikut ialah beberapa petua berguna untuk mewujudkan masa makan yang menyeronokkan untuk anak kesayangan anda:

Makanan ceria

*Kanak-kanak suka mencicah makanan mereka! Hidangkan makanan yang boleh di cicah seperti ayam goreng, nugget atau bilah sayur yang boleh di cicah dengan mayonis.
*Masukkan jus ke dalam cawan dan bekukannya untuk membuat jus pop. Masukkan bilah kayu kecil apabila jus mula membeku. Ia seakan-akan kita membuat aiskrim untuk mereka.
*Saji hidangan malam dalam bekas-bekas kecil yang di tandakan nombor 1,2,3 dan seterusnya. Biar anak membuka bekas mengikut urutan dan makan hidangan yang terkandung di dalamnya sebelum membuka bekas yang seterusnya.

Hidangkan makanan iringan cerita

*Rangsang anak anda dengan cerita negara-negara asing. Kemudian, perkenalkan makanan baru dari negara berkenaan untuk di rasainya. 
*Sediakan tempat makan secara kreatif. Contohnya, jamu selera ala berkelah di ruang tamu.

Guna visual

*Beri kejutan kepada anak-anak anda dengan menyediakan makanan dalam bentuk-bentuk mainan yang berbeza seperti haiwan, bintang dan bentuk hati.
*Anak enggan makan sayur-sayuran? Cuba hidangkannya dalam cawan kopi agar tampil berbeza daripada pinggan mangkuk biasa atau gunakan pinggan yang mempunyai gambar-gambar menarik permukaannya supaya mereka teringin melihat gambar-gambar yang tertera di atas pinggan.

Jika anak anda masih lagi tidak berselera untuk makan, boleh lah cuba memberikan mereka makanan tambahan seperti Mealshakes Shaklee dan Vitamin C Chewable.

Dengan bantuan makanan tambahan seperti ini, in shaa Allah anak anda akan kembali berselera menikmati hidangan yang anda sediakan untuk mereka.





Tak salah kita berikhtiar demi untuk anak-anak kan...? Yang penting mereka sihat dan gembira selalu...

Nak dapatkan mealshakes dan vitamin c chewable ini secara online? Anda boleh membuat pembelian terus dengan klik pada link ini:-

                  Order Vitamin C Chewable 
                   Order Mealshakes Shaklee

*Pembelian ini memerlukan kad kredit/debit anda


Chop!! Berminat untuk mendapat diskaun hebat tak???
Jom mendaftar sebagai ahli shaklee hari ini. Bukan sekadar mendapat harga istimewa malah anda boleh menjana pendapatan bersama kami..

Pilihan di tangan anda....!!

Sumber rujukan: Majalah Jom Makan




**This statements have not been evaluate by the food & drugs administration. these product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease** 

BERMINAT UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN PRODUK 
HUBUNGI SAYA:- NURSIMATUN MD YUSOF 
CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM:- 012-3789284 
FB PAGE:- MAMA GOJES SHOPPE 
EMAIL:- nursimatun@gmail.com 
Shaklee ID :- 1091465 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

12 comments:

  1. memang cukup sabar nak bagi hero2 saya makan jugak. Tips saya,saya cakap inginkan anak mama gemuk..alhamdulillah banyak jugak diorang makan hehehe

    ReplyDelete
  2. Kena kreatif hias dlm pinggan kot.. Kat Google kan Byk gmbar kreatif.. Kalau buat mcm tu mungkin Byk dorg makan.. Tapi up pda selera.. Nak up seler. Cuba Mealshake..

    TIPS DAPATKAN PERUT KEMPIS

    ReplyDelete
  3. Tips yang sangat bagus. Arif memang makin berselera selepas amalkan mealshake.
    Jom Lawat Blog Raikankasih 

    ReplyDelete
  4. Mealshakes sbg 'penggalak' selera dan chew vic as a imun protector..haa gitu. Alhamdulillah, anak makin bselera dan jarang jatuh sakit..

    JommSihatDanCantik -> JAWAPAN KEPADA SEBUAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMAKNA

    ReplyDelete
  5. memang susah bab kasih makan anak ni, anak saya dulu memang susah sangat nak makan. Tapi alamdulillah setelah bagi meal shakes dan chewable via c ..selera makannya membaik.

    Pedas Yang Membawa Banyak Manfaat Bagi Kesihatan

    ReplyDelete
  6. Hiasan kat maknan memang membantu menambahkan selera anak..

    Masalah Kesuburan

    ReplyDelete
  7. Anak-anak saya makan sayur kalau diletakkan dalam kimbap, penkek sayur, muffin sayur heheh thanks for.tips

    ReplyDelete
  8. Macam2 dh cuba ikut rentak anak2. .alhamdulillah selepas bertemu dengan mealshake, anak2 dh makin berselera makan

    ATASI MASALAH KEDINGINAN

    ReplyDelete
  9. anak sulung ida dahulu, harapkan susu+nestum je.. bila nak masuk sekolah terpaksa berhentikan susu sebab dia minum dari botol susu.. bila stop susu tu terus badannya jadi kurus.. makan pun sikit sgt.. last2 bagi minum mealshake, dlm tiga @ empat hari lepas minum mealshake tu nampak perubahan dia, haikal lebih berselera nak makan.. kalau dulu, 1 pinggan tu susah sangat nak habis makan, tapi sekarang ni, sampai bertambah-tambah makan..

    ReplyDelete
  10. Budak2 mmg suka visual..apa yg menarik, itu yg mereka cari.ibuba kene kreatif bab ni.. nak sng amalkan je mealshakes.boleh share 1 famili

    ReplyDelete
  11. Anak sulung saya pun sama..sgt memilih. Yang dia xpilih ialah ayam.dan sup. Jadi utk pastikan dia makan nasi..hari2 saya wat sup. Sudah tentu mealshake juga saya bagi. Selain utk tambah selera..juga untuk atasi sembelit.

    ReplyDelete